Pelakon Shamsul Ghau Ghau memuji tindakan Fattah Amin yang memilih untuk terus mengunci mulut serta tidak membuka aib bekas isterinya, Nur Fazura selepas sah bercerai Isnin lalu.
Memetik HibGlam, Shamsul berkata tindakan Fattah berdiam diri adalah keputusan tepat kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
BACA: Shamsul Ghau Ghau Titip Nasihat Buat Fattah Amin
“Saya lebih kepada ‘team Fattah’ sebab pihak dia setakat ini tak beri sebarang komen. Ya, saya memuji tindakan Fattah berdiam diri.
“Mereka biarkan pihak belah sana bercakap. Kalau dua pihak nak bercakap serentak, akan jadi dua ribut. Biar pihak belah sana bising dulu, tetapi satu hari nanti kebenaran pasti akan terbukti,” katanya.
Tambahnya, Shamsul juga menganggap lebih baik jika seorang lelaki mendiamkan diri terlbih dahulu namun kembali bersuara untuk pertahankan diri.
“Sebagai lelaki, lebih baik memilih berdiam diri apabila isteri bercakap. Kalau dia sudah habis bercakap, giliran dia pula mendengar kita bercakap.
“Kita diam dulu, biarkan orang itu bercakap dan ambil hujahannya, barulah kita serang. Kalau kita cakap, dia pun nak cakap, memang tiada kesudahan. Diam dan relaks dulu Fattah,” katanya.