Sham Kamikaze Kini Bahagia Dengan Isteri Baru, Bakal Timang Anak
Okay. Bukanlah isteri baru kerana mereka sudah bernikah sejak Sham Kamikaze masih bersama dengan isterinya yang terdahulu sebelum berpisah secara sah pada September 2012 yang lalu.
Menariknya ketika khabar mengatakan beliau sudah berkahwin lain, Sham Kamikaze menafikan perkara ini selain melahirkan rasa kecewa kerana dirinya masih dilanda gossip sebegitu walaupun sudah tidak terlibat dengan dunia hiburan.
BACA: Sham Kamikaze Nafi Berkahwin Dua, Kesal Dengan Gossip
Apa pun, itu semua cerita lama. Setahun sudah berlalu dan mereka di forum Cari ada kongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan Sham Kamikaze kini sedang berbahagia dengan isteri dan juga keluarga barunya.
Khabarnya juga, pasangan ini sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka yang di’jangka tidak lama lagi. Tahniah buat Sham Kamikaze & Nurul Halimin sekeluarga atas berita ini. Jika anda peduli, berikut beberapa keping gambar terbaru mereka.
Assalammualaikum kepada Saudara/Saudari ROTIKAYA.Saya agak terpanggil dan terkilan apabila En Shamril (Sham Kamikaze) ternyata BERBOHONG dengan penafian yang di buat sebelum ini.Menafikan berkahwin dua dengan Pn Nurul Halimin tetapi tiba2 BENAR yang mereka berdua sudah berkahwin.Jika BENAR En Sham kamikaze sudah berhijrah,maka siasat dan belajar erti undang2 Syariah Islam,sekiranya seseorang itu menafikan perkahwinan,maka jatuhlah TALAK tersebut kepada isteri (Pn Nurul Halimin). Gambar pun dah ada,cukup BUKTI yang mereka sudah berumah tangga.Tetapi di dalam BLOG sebelum ini,En Sham menafikan dan menipu isteri pertama dan kelihatan juga sham telah menganiaya isteri pertama (Farazila).Sekiranya sudah menjadi pendakwah,tidak patut menipu isteri pertama untuk berkahwin 2,3 atau lebih?? Manakala Pn Nurul Halimin pula kelihatan bebas menghina isteri pertama Sham (Farazila) dengan kata2 yang kesat di dalam BLOG dan Laman sosial.Ternyata mereka berdua ini telah menganiaya isteri pertama(Farazila).Selebihnya urusan ALLAH yang akan mereka tanggung.Saya sebagai pemerhati di BLOG2..hanya memberi nasihat dan teguran buat mereka berdua sebagai seorang Islam.
terbaharu. kes mahkamah utk memfarakkan sham dan nurul halimin. apa kes?