fbpx

Shaheizy Sam Teruja Bergelar Bapa, Tujuh Kali Buat Imbasan

Bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada awal Mei depan, Shaheizy Sam akui dirinya terlalu teruja melalui pengalaman isteri mengandung sehinggakan sebanyak tujuh kali beliau membawa isterinya, Syatilla Melvin ke klinik untuk melakukan imbasan kehamilan kerana seronok melihat perkembangan cahaya mata pertama mereka di dalam kandungan.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Dapat Tahu Syatilla Melvin Hamil, Shaheizy Sam Larang Berlakon

“Alhamdulillah usia kandungan isteri mencecah tiga bulan. Sejak mengetahui isteri hamil, saya berasa sangat gembira. Sehinggakan sudah tujuh kali kami membuat imbasan kehamilan. Kami mahu melihat pergerakan bayi. Setiap kali melihatnya, rasa terharu dan bersyukur”

“Mungkin disebabkan ini pengalaman pertama kami jadi rasa teruja itu lain macam. Memandangkan masih awal, kami belum berbincang mengenai persiapan. Insya-Allah kalau sudah dekat nanti boleh fikirkan. Saya sentiasa berdoa isteri dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan segalanya,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Selain daripada itu, Sam turut memaklumkan bahawa di sepanjang tempoh kehamilan, Syatilla tidak mempunyai sebarang alahan teruk walaupun di peringkat awal kehamilan. Namun hanya pada bulan ketiga sahaja, isterinya ada mengadu sakit kepala kerana pengambilan vitamin. Dengan itu demi menjaga kandungannya, Syatilla kini sedang mengamalkan diet yang sihat.

Walau apapun buat pasangan bahagia ini, tahniah diucapkan kerana bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama sahaja lagi. Semoga Sam dan Syatilla diberikan kesihatan yang baik, demi menjaga kesihatan kandungan. Diharapkan juga segala urusan berjalan lancar hendaknya. (rkty/w)