fbpx

Shaheizy Sam Bakal Keluarkan Single Terbaru "Bicara Hati"

Pertemuan bersama dengan aktor kacak Shaheizy Sam di Majlis  Raikan Cinta TV3, semalam telah merungkaikan segala-galanya apabila dia memberitahu bahawa sedang sibuk untuk mengeluarkan singlenya yang terbaru berjudul ‘Bicara Hati’.

Sudah tentu peminat-peminat Shaheizy Sam ini tertanya-tanya adakah dia ingin kembali aktif dalam dunia seni suara selepas suatu ketika dahulu dia pernah bersama-sama dengan satu kumpulan yang diberi nama m.o.b.

“Ya memang Sam akan keluarkan single terbaru berjudul ‘Bicara Hati’ dan bakal di release mungkin paling awal pada hujung tahun ini.”

“Setakat ini belum ada perancangan untuk mengeluarkan album tetapi sekadar mencuba untuk mengeluarkan single-single terbaru dan sekiranya mendapat sambutan kemungkinan besar Sam akan keluarkan dengan mini album.”

“Konsep yang diketengahkan pula ialah R&B dan Bone Thugs dan ianya jauh berbeza dari segi susunan muzik dan lebih matang dari 10 tahun yang lepas.”kata Sam.

Dalam perkembangan lain, Sam bakal muncul dengan drama bersiri terbaru di slot Lestary berjudul ‘Kisah Cinta’ bersama-sama dengan pelakon cantik, Fazura. Selain itu, bakal muncul dengan filem 2 kalimah dan Adnan Sempit 3.