fbpx

Shaheizy Sam Akui Syatilla Melvin Punyai Kriteria Seorang Calon Isteri

Nama pelakon ini tiba tiba menjadi sebutan ramai sejak beberapa hari lalu selepas beliau memuat naik status di Twitter yang seakan akan menyindir seorang selebriti popular berkaitan hubungan cinta dengan Shaheizy Sam.

Syatilla Melvin yang sebelum ini diketahui memang ada hubungan rapat dengan Shaheizy Sam bagaimana pun enggan mengulas lanjut tentang khabar yang mengatakan mereka berdua sebenarnya bercinta dan lebih selesa membiarkan ianya menjadi teka teki.

BACA: Syatilla Melvin Luah Rasa Bengang, Sindir Nur Fazura Di Twitter?

“Saya memilih untuk menjadikan hubungan saya dengan Sam seperti teka-teki. Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan. Tetapi saya akan mengiyakan apa saja yang Sam katakan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia baru baru ini.

Shaheizy Sam dalam laporan sama mengakui Syatilla punyai kriteria untuk dijadikan calon isteri namun terlalu awal untuk mengatakan gadis itu merupakan jodohnya.

“Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya. Saya turut titikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

“Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya. Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga. Akhirnya yang cantik itu akan bertukar menjadi buruk,” tambah Sam lagi.

Mana tahu kan mereka berdua ini berjodoh nanti, sama cantik sama padan pula kami tengok. Kita doakan sahaja yang terbaik. (rtky/m)