fbpx

Shah Iskandar: Sharnaaz Ada Hak Untuk Bersuara

Selepas Shah Iskandar meraih kemenangan di Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) baru baru ini, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan kemenangannya pesaingnya itu dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Dalam kenyataan terbaru kepada mStar Online Shah Iskandar yang turut menewaskan Aaron Aziz, Amar Baharin dan Adi Putra berkata Sharnaaz Ahmad mempunyai hak untuk bersuara & berikan pandangan beliau tentang kemenangannya kerana mempunya nama yang kuat dalam industri.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tidak Redha Kalah Di ABPBH 2014

“Saya hanya boleh katakan no comment mengenai perkara ini kerana itu merupakan hak dia untuk lontarkan pendapat apa yang dia rasa. Bagi saya sesiapun berhak untuk melontarkan pendapat dan bersuara kerana itu merupakan hak masing-masing sebab mereka juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut,” ujarnya mengulas perkara ini.

Shah Iskandar dalam kenyataan sama berkata beliau masih terkejut dengan kemenangan dua tahun berturut turut ini dan menganggap ianya rezeki Tuhan selain berterima kasih akan kerja keras peminat yang mengundi dan menyokong selama ini.

“Kemenangan ini juga merupakan hadiah kepada peminat saya yang sentiasa menyokong dan mengundi hingga meraih kejayaan,” tambahnya. (rtky/m)