fbpx

Umum mengetahui sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kemelut penyanyi Shila Amzah dan adik-beradiknya selepas dia ingin menjual rumah banglo diduduki keluarga mereka.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok malam tadi, Amir Shafiq mendakwa mereka dimaklumkan mengenai individu yang akan datang untuk menilai banglo berkenaan di saat akhir.

BACA: PA Berang Dipanggil Balaci, Gelar Adik Shila Amzah Gangster Langat, Pukul Perempuan

Bagaimanapun, Shafiq berkata ibu mereka, Fauziah Sarman meminta untuk diberikan masa untuk membersihkan rumah yang bersepah memandangkan mereka membela 40 ekor kucing.

“Semalam (Selasa) ada orang pagi-pagi nak datang rumah, Shila telefon mak beritahu ada orang datang nak buat penilaian rumah.

“Orang tu sampai depan rumah baru dia nak bagitahu. Mak minta tangguhkan sekejap dalam satu ke dua jam sebab nak kemas rumah dulu malulah orang datang rumah kotor,” katanya.

Bagaimanapun, Shafiq mendakwa permintaan ibu mereka itu tidak diendahkan Shila serta mendakwa kakaknya itu menghina Fauziah.

Shafiq turut mendakwa Shila datang ke rumah dan bertindak menendang pintu banglo serta menengking ibu mereka.

“Dia cakap orang tu (penilai) ada kerja, mereka bukan tiada pekerjaan macam mak. Dia hina mak saya. Ini mak saya yang cerita. Mak sampai menangis. Shila tengking mak dan disebabkan itu mak memarahinya,” katanya.

Dakwa Shafiq lagi, Fauziah hampir menampar Shila akibat pertengkaran itu namun kerana pergerakannya terbatas dia hanya dapat mencapai cermin mata dipakainya.

“Shila cakap ‘kepala otak mak la’, lepas itu ditolak mak… Bila dia tolak mak dan mak hampir terjatuh, mak nak lempang dia tapi tercapai cermin mata dia.

“Mak saya pecahkan cermin mata dia dan dia maki lagi ‘mak ni memang tiada otaklah’ dan bukti mengenai kejadian itu ada,” katanya.