fbpx

“Seumur Hidup Aku Tak Pernah Cerita Buruk Tentang Orang” – Shuk

Pelawak Shuk Sahar mengatakan seumur hidupnya dia tidak pernah bercerita buruk tentang orang lain.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuk juga meminta orang ramai untuk menggunakan akal fikiran untuk menilai.

BACA: Fara Salleh Mengaku Minta Cerai, Tak Tahan Perangai Shuk Sahar

“Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang oran, harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai, ” tulisnya.

Tidak menyebut nama mana-mana pihak namun perkongsian Shuk itu dipercayai merujuk kepada pergolakan rumah tangga dengan isterinya, Fara Salleh susulan luahan perasaannya di media sosial semalam.

Sebelum ini, Fara mengaku meminta cerai daripada Shuk kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu yang tidak pernah berubah.

Malah, Fara berkata dia juga sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat.