fbpx

Setahun Tiada Tawaran Berlakon, Raja Afiq Kini Pekerja Am Di Bank

Lama tak muncul di kaca televisyen, pelakon Raja Afiq berkongsikan dia kini sudah mempunyai pekerjaan sebagai pekerja am di sebuah syarikat perbankan untuk menyara kehidupan.

Memetik mStar Online, Afiq berkata dia sudah setahun tidak menerima tawaran berlakon dan tidak malu dengan pekerjaannya itu demi mencari nafkah.

BACA: Raja Afiq Bengang Dituduh Ambil Dadah, Ditanggung Isteri Sebab Tiada Job

Menurut Afiq, sebelum ini dia pernah memuat naik hantaran di media sosial meminta tawaran berlakon namun ramai memintanya mencari pekerjaan.

“Masa saya muat naik gambar dan minta tawaran berlakon ramai cakap carilah kerja dan sebenarnya sudah pelbagai pekerjaan saya buat.

“Saya tak harap tawaran berlakon semata-mata, saya berniaga dan sekarang sudah ada kerja tetap di sebuah bank. Hidup ini perlu diteruskan sebab kalau tidak ada pendapatan pun susah juga sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, menjawab tuduhan dikatakan terlalu meminta untuk kembali berlakon, Afiq berkata itu adalah punca rezekinya sejak dari awal lagi dan rindu untuk berlakon.

“Saya bukan terlampau meminta. Saya cuma rindu benda tu. Dan punca rezeki saya memang dari situ. Jadi, saya naklah ambil punca rezeki saya tu. Macam orang jual ikan, takkan pula nak jual ayam? Sebab dia dah biasa jual ikan. Betul tak?

“So, walaupun sekarang saya dah biasa berlakon, saya terpaksa korbankan untuk keluarga saya, kerja lain sebab mahu sara keluarga dan mahu menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.

“Kalau ada nak kata meminta tu, terpulanglah. Dah berapa tahun saya berlakon, kerja sama memang berlakon” ujarnya.