“Setahun Tak Jumpa, Dia Buat Along Benci Keluarga Sendiri”

Ibu kepada pelawak Along Cham iaitu Siti Habsah Kadir mendedahkan dia tidak bercakap dengan anak sulungnya itu sejak dia berkahwin lagi pada tahun lalu. 

Memetik Kosmo, Siti Habsah mendakwa timbul salah faham dalam keluarga mereka berpunca dengan kenyataan dikeluarkan isteri Along, Afreena Suhaimi.

BACA: “Saya Akan Bawa Mama Ke Mana Saja, Ini ‘Syurga’ Saya”

Menurutnya lagi, perkara itu terlalu peribadi untuk diceritakan namun baginya siapa yang pilihan anaknya dia menerima seadanya.

“Saya tidak pernah pilih siapa menantu saya. Siapa yang anak saya pilih, saya terima seadanya. Antara kami (dengan Afreena) tiada masalah.

“Apa yang dia (Feena) beritahu kepada media tentang keluarga Along, dia sahaja yang tahu. Cuma dia buat kesilapan terhadap keluarga saya hingga Along benci keluarga sendiri. Setahun kami tidak jumpa kerana terkilan. Apa yang berlaku terlalu peribadi, itu sahaja saya boleh cerita,” katanya.

Susulan apa yang berlaku, Habsah berkata dia tidak mahu masuk campur urusan perkahwinan Along, namun sebagai ibu dia tidak mahu melihat rumah tangga anaknya itu musnah tidak sampai setahun dibina.

“Selepas Along berkahwin saya tidak masuk campur, pandai-pandailah Along hendak melentur rumah tangga dia.  Sebenarnya sedih tengok anak jadi begini, bukan saya minta. Bukan saya suka, saya tak suka, saya sedih sangat-sangat,” katanya.

SUMBER: Kosmo