Sertai Jemaah Tabligh, Nash Tak Mahu Heboh Takut Timbul Sifat Riak
Baru-baru ini tular gambar di media sosial penyanyi penyanyi rock terkenal tanah air, Datuk Nashrudin Elias atau Nash menyertai jemaah tabligh.
Mengakui sudah lima tahun menyertai kumpulan tersebut, Nash berkata tidak menjadi keperluan untuk berkongsikan gambar atau menguar-uarkan hal pembabitannya kerana bimbang timbul sifat riak.
BACA: Nash Kesal Akan Khabar Angin Sudah Meninggal Dunia
“Takut timbul sifat ujub, riak atau rasa diri bagus, walhal saya pun jahat, masih seorang pencetus dosa yang sentiasa nak belajar dan baiki diri. Nanti orang kata baru nak ingat agama bila sudah berumur, nak mati.
“Padahal, kematian itu bila-bila masa saja dan sepanjang hidup kita kena belajar, cari ilmu. Lagipun, sejak zaman dengan kumpulan Lefthanded lagi saya dah bawa lagu-lagu bercorak ketuhanan dan ada unsur dakwah.
“Lagu Alam dan Pencipta, Seruan, Qabul, itu antara lagu-lagu Lefthanded yang bercorak ketuhanan,” katanya.
Mengulas mengenai tanggapan masyarakat yang menjauhkan diri daripada golongan tersebut, Nash berkata jemaah tabligh bukan gerakan ajaran sesat.
“Saya tahu sesetengah masyarakat masih tabu. Dulu waktu muda, saya sendiri pun lari masuk dalam rumah bila tengok jemaah tabligh. Iyalah konon-konon nak dakwahkan kita.
“Sepatutnya, kita kena bersyukur bila didekati dengan mereka ini kerana sekurang-kurangnya dapat pendedahan tentang ilmu agama dan melihat keindahan Islam,”katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Kenapa bila join tabligh takut ada riak? As if tabligh ni mulia sangat daripada orang-orang yang tak join tabligh, or join tabligh ni confirm masuk syurga.
Banyak ja yang join tabligh ni tinggal anak bini, mak bapak terkontang kanting. Bini bersusah payah uruskan anak-anak, sambil kerja. Alasan nanti bini masuk syurga. Laki berjalan merata-rata.
Setuju dengan komen Feldegast.
Dah join tabligh 5 tahun pun masih fikir apa orang kata. Alang2 dah bagi statement tu, tak takut riak ke?
Kalau hidup dah seimbang tu baguslah.
Ada juga kawan yang bapak dia join tabligh, tapi anak2 dan isteri selalu susah. Asyik pinjam duit orang, bapak tak bagi nafkah sebab jarang ada di rumah.
Kalau dah banyak harta, anak2 dah besar pandai urus diri, join la tabligh berapa lama kau mampu.
Dunia akhirat kena seimbang.
Ini first hand experience aku. Kakak ni suami geng tabligh, anak 6 orang. Suami ke Pakistan, India tinggalkan dia berbulan2. Kakak ni nak kerja lagi, uruskan anak sekolah, uruskan anak sakit, kerja di pejabat. Datang pun selalu lambat sebab nak kena hantar anak2 sekolah dulu. Nanti suami call suruh bank in duit. Alasan suami, nanti isteri masuk syurga sebab suami berjuang ke jalan Allah. Yang aku tengok suami pemalas je, nak berjalan, dan kat sana tu semua harapkan orang bagi makan. Kalau ko kerja, jaga anak bini elok2 pun boleh masuk syurga juga. Banyak cara lain.
Kedua, geng2 tabligh suami kakak ni suka pandang rendah kat orang lain yang tak ‘alim’ macam diorang. Daripada bangga cakap diorang ni banyak yang berjawatan besar/educated sampailah kepada sinis dengan family lain yang tak macam diorang.
Ketiga, dulu kenal abang ni, isteri kerja kilang je, ada anak, tapi dia asyik ke sana sini ikut geng tabligh, kadang-kadang pergi overseas, tak kerja, sampai bini terpaksa jual kuih sebab nak tanggung anak dan laki sekali.
Aku tak tahu konsep masuk syurga diorang ni macam mana. Alasan paling mudah, berjuang kerana agama supaya family tutup mulut. Pada kau tu tak ubah macam penunggang agama.
Tapi aku tak nafikan memang ada yang ikhlas dan jaga keluarga, dia pergi berjalan tapi tinggal duit semua secukupnya sebelum pergi.