fbpx

Seronok Gais Kalau Ada Rumah Sendiri, Ini Antara Sebabnya!

Bila disebutkan tentang rumah, ramai yang mahukan aset penting ini. Takkan masih lagi nak menyewa je, betul tak?

Pasti ramai orang yang berpendapat lebih baik menyewa sebab kadar sewaan lebih murah daripada ansuran bulanan rumah. Tapi, sampai bila kan? Nak juga impian memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan.

Best tau ada rumah sendiri. Dia punya rasa puas tu memang betul heaven! Tak kisahlah apa jenis kediaman sekalipun, memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang. Kami faham banyak perkara yang perlu dikorbankan, tapi segalanya pasti berbaloi untuk jangka masa panjang. Keseronokan ini juga anda dan keluarga dapat rasai dan nikmati bersama.

Pernah terfikir tak mengapa anda perlu memiliki rumah sendiri? Jom ketahui lebih lanjut.

1. Pelaburan

Kalau anda nak tahu rumah boleh menjadi aset pelaburan yang menguntungkan selain sebagai tempat tinggal. Rumah yang anda miliki boleh dijual semula jika ada kenaikan berbanding harga belian. Atau ia boleh menjadi sumber pendapatan tetap jika ianya disewakan.

2. Rumah Boleh Diwarisi

Rumah merupakan salah satu aset yang boleh diberikan sebagai harta pusaka kepada anak dan cucu. Walaupun rumah sudah berusia berpuluh tahun, jika dijaga dengan baik dan betul, nilainya masih tinggi tau.

Jadi, rumah adalah aset yang berharga yang mana manfaatnya masih dapat dirasai oleh anak cucu anda walaupun apabila anda tiada nanti.

3. Lebih Selamat

Sedar atau tidak, apabila anda memiliki rumah ia akan membuatkan anda berasa lebih selamat, berbanding menyewa rumah milik orang lain.

Selain itu, anda juga boleh bebas menghias, mengubahsuai atau mengecat semula rumah. Dengan memiliki rumah sendiri, anda akan bebas daripada kos sewa yang semakin meningkat setiap tahun.

4. Simbol Kejayaan Hidup

Jadikan impian untuk miliki kediaman sebagai penanda aras kejayaan hidup anda. Anda kena tahu, kediaman adalah titik permulaan untuk segalanya. Selepas adanya kediaman sendiri, anda akan berasa lebih tenang jiwa. Bukan itu je, kestabilan di rumah turut tercipta dan dapat memberikan kesan positif untuk perjalanan hidup anda nanti.

5. Tempoh Pembiayaan Singkat

Sekiranya anda membeli rumah diusia muda, anda boleh mendapat tempoh pembiayaan pinjaman perumahan sehingga 35 tahun. Jika ada rezeki untuk membeli rumah diusia muda, tidak salah jika anda melaburkannya sekarang ye dak?

Nasihat kami adalah anda perlu pilih pembiayaan perumahan terbaik untuk anda! Pembiayaan Perumahan daripada Co-op Bank Pertama (CBP) iaitu Pembiayaan Perumahan-i Al-Amali adalah satu pembiayaan yang anda boleh dipertimbangkan.

Dengan berkonsepkan Murabahah Tawarruq, CBP dapat memberi pembiayaan perumahan terbaik untuk membantu anda memiliki rumah idaman sendiri.

Selain menawarkan pembiayaan perumahan yang patuh Syariah, CBP juga menyediakan perkhidmatan dengan kadar yang sangat kompetitif. Malah jumlah dan had pembiayaan pun sehingga RM10,000,000.00. Anda juga tidak perlu risau cara bayaran balik kerana ianya sangat fleksibel dan mudah. Agak menarik juga.

Oh ya, selain pembiayaan perumahan, CBP juga turut menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang lain seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan hartanah dan juga pembiayaan kepada sektor koperasi dan korporat. Kunjungi cawangan CBP di seluruh negara atau layari www.cbp.com.my untuk maklumat lanjut.

Anda boleh tahu dengan lebih lanjut di Facebook, Twitter, Instagram dan juga Website Co-op Bank Pertama. Jom mulakan langkah anda sekarang.