fbpx

Serius Sedap! Nikmati Coklat Sepuasnya Dengan KITKAT Bar Baharu

Kalau bercakap bab coklat ni memang ramai sangat orang suka terutamanya geng perempuan. Eh geng lelaki pun tak terkecuali juga, ye dok? Jarang nak jumpa orang say no to coklat kan.

KITKAT® Bar Baharu Yang Memuaskan

Haa, pada anda peminat coklat tu dan tercari-cari coklat yang lain dari lain, inilah dia KITKAT® Bar baharu yang lebih puas dengan lebih coklat lebih mewah dan dinikmati! Memang betul padu rasa coklatnya gais.

KITKAT® Bar baharu ini juga diperakui HALAL oleh HCAA (HALAL Certification Authority Australia) dan diiktiraf oleh JAKIM.

Ia didatangkan dengan dua perisa baharu iaitu coklat ‘Milk’ atau ‘Dark’ yang pasti buat anda termimpi-mimpi rasanya! Adeh rapuh imanku…

Saiz Besar & Boleh Dikongsi Dengan Orang Tersayang!

Coklat yang dibuat dari Australia ini memang berbaloi sangat dengan harga yang sangat berpatutan untuk berat 170 gram ni gais.

Sesuai sangat kalau anda nak kongsi dengan kengkawan atau pun keluarga anda tu sebabnya saiz besar, ada 11 kepingan yang senang untuk dikongsi bersama. Wah! Excitednya…

Tapi kalau kami ni rasanya habis makan sorang jer. Almaklumlah peminat KITKAT® ! Hiks. Nak pula tengah lepak-lepak depan televisyen tu ha, sambil tonton movie, layan cerita best tu boleh lagi lah nak makan KITKAT® Bar baharu ni.

Nikmati Coklat Sepuasnya!

KITKAT® Bar baharu ini memang betul-betul coklatnya banyak! Tak tipu gais. Bila anda makan jer, terus cair dalam mulut. Rasa lebih mewah!

Kalau untuk perisa ‘Dark’, memang betul-betul balance jer rasanya. Gabungan dark chocolate dengan wafer tu memberikan gabungan 2 rasa yang gempak iaitu sedikit pahit tetapi pahit yang mewah dan dinikmati. So yummy gais!

Alahai sembang macam ni pun dah boleh terliur tau. Kalau makan ni tak tahu lah nak cakap macam mana lagi.

 

Perisa ‘Milk Chocolate’ pun tak kurang hebatnya! Dengan coklat indulgence yang banyak, dan lebih lembut membuatkan anda akan jatuh cinta berkali-kali. Nak pula gabungan dengan chocolate pekat dan wafer yang crunchy tu, uish betul-betul memberikan pengalaman yang luar biasa!

Hey, boleh bawa gaduh ni kalau ada yang makan KITKAT® Bar anda tanpa kebenaran tau. Sebab sedap sangat, haha…

Bukan itu jer, packaging KITKAT® Bar baharu ni pun nice sangat serta matte finish sebab ianya resealable packaging. Kalau tak habis makan nanti, anda boleh tutup semula tau. So KITKAT® Bar baharu tu nanti takde lah lemau nanti. Tak payah nak susah hati kalau tiba-tiba terjatuh ke apa sebabnya packaging nya selamat. Amacam?

Dah alang-alang kita kena stay at home disebabkan lockdown, anda boleh juga enjoy makan KITKAT® Bar baharu ini bersama keluarga di rumah. Sambil-sambil anda layan movie di Netflix tu, boleh juga buat kudap-kudap kan? Bila lagi nak luangkan masa bersama ahli keluarga? Inilah masanya!

Jom Try Sekarang!

Jadi, apa tunggu lagi. Kalau anda nak rasa KITKAT® Bar baharu yang lebih coklat dan lebih nikmat ini, anda boleh dapatkannya di Lotus’s, GIANT, AEON, AEON BIG atau pun nak lagi senang, beli online jer di Shopee, Lazada dan PandaMart!

Info lanjut boleh usha link di bawah okay!

Instagram: @kitkatmalaysia
Facebook: KitKat Malaysia
YouTube: KitKat Malaysia