fbpx

Serina Redzuawan, Suami Sah Bercerai

Setelah pelbagai pergolakan dan kontroversi terjadi, akhirnya hari ini Serina Redzuawan sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Gavin Edward O’luanaigh. Pagi tadi kira-kira jam 10.45 pagi, Gavin telah melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

BACA: “Saya Redha Bergelar Ibu Tunggal Di Usia Muda”

“Kami tidak bergaduh dan paling penting kes perceraian kami selesai dengan baik. Paling penting kebajikan anak-anak dan walaupun bercerai kami sama-sama akan jaga mereka dengan baik,” katanya kepada m Star Online.

Dalam prosiding yang sama, Gavin turut menarik balik permohonan nusyuz terhadap Serina yang difailkannya sebelum ini. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini telah memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua anak mereka diberikan kepada Gavin, berserta persetujuan bersama.

Terdahulu Serina selaku plaintif kes telah menfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor pada 6 Disember tahun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan mempunyai dua cahaya mata. (rtky/w)