fbpx

Seram Bhai! Macam-Macam Hantu ‘Legend’ Ada Di Sini

Anda masih ingat tak kalau kita kecil-kecil dulu selalu sangat emak ‘gunakan’ hantu untuk takut-takutkan kita supaya balik sebelum Maghrib.

“Kau jangan keluar masa maghrib-maghrib ni, kang disorok hantu.” Tak pun, “Ha kau baliklah lambat-lambat nanti hantu tu ikut balik sekali.”


Famous betul dialog mak-mak ni kan? Sampai ke tua ingat weh!

Hantu Legend

Selalunya hantu yang legend-legend bagi orang Melayu adalah hantu langsuir, toyol, pontianak, pocong, jembalang dan banyak lagi.

Hantu Mohini pula antara hantu yang terkenal bagi orang India. Katanya, Mohini ini hantu wanita yang akan mensasarkan lelaki yang menarik dan menggoda lelaki-lelaki ini untuk tinggal bersamanya. Lepas tu mangsa akan dibunuh. Fuh, seram weh!

Bagi orang Cina pula, Zombie Cina atau lebih dikenali sebagai Jiangsi pula yang popular. Kalau tengok dari rupa pun dah menggigil badan. Kalau jumpa depan mata rasanya, pengsan terus kot. Haha!

Berkumpul di Mall?

Sebenarnya anda boleh tengok sendiri hantu-hantu legend yang kami sebutkan di atas tadi ni. Jeng, jeng, jeng…

Bukan nak takut-takutkan anda. Tapi dah alang-alang dah boleh merentas ni, apa kata anda luangkan masa sekejap pergi ke Local Seram House di Sunway Putra Mall tu!

Local Seram House ni adalah exhibition kecil dimana anda akan jumpa hantu-hantu popular di kalangan masyarakat Malaysia yang dianjurkan khas di sana.

Oh lupa pula nak bagitahu lokasi. Mall tu kan besar, kang tercangak-cangak pula mencari, yer dok? Anda boleh cari East Wing di level Ground Floor, Sunway Putra Mall okay.

Kami nak anda tengok sendiri dan alami sendiri pengalaman yang tak boleh dilupakan ini. Mesti riuh-rendah nanti.

Jangan lupa selfie gais. Jangan ada yang menangis pula yer. Opps!

Oh ya, masuk adalah PERCUMA. Weeehuuu…

Ada Hadiah Geng!

Seriuslah ada hadiah? Pergh, kalau pergi tengok hantu pun boleh menang hadiah, apa lagi nak ditunggu gais?

Peraduan Scream to Win bermula dari 15 Oktober hingga 28 Oktober. Di mana anda berpeluang untuk menang hadiah-hadiah menarik sehingga RM1,000. Buat video menjerit jer kat rumah hantu tu, pastu share dekat Instagram Reels anda. Mudah!

Belanja & Menang di Seram Spin & Win

Sambil-sambil anda singgah kat rumah hantu untuk berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan, boleh juga ‘cuci mata’ membeli belah di Sunway Putra Mall tu.

Pelbagai ganjaran menarik yang menunggu anda apabila anda berbelanja di sana! Kira-kira sehingga RM50,000 untuk dimenangi. Padu weh.

Tapi macam mana nak menang? Meh sini kami habaq. Anda boleh menang iPhone, Huawei, baucar shopping dan banyak lagi bila belanja minimum RM50. Eh, betul ke? Kami tak tipu!

Bukan tu je tau! Kalau anda nak lebih luck, daftar sebagai member Sunway Pals dan anda berpeluang untuk dapatkan 2 pusingan.

Macam mana nak join? Ikuti langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Belanja minimum RM50 dalam satu resit di outlet yang terlibat.
Langkah 2: Spin untuk dapatkan ganjaran (2 spin untuk member baharu Sunway Pals)
Langkah 3: Setiap satu spin akan memberikan 1 entri untuk anda masuk ke Grand Lucky Draw!

*Mengikut terma dan syarat.

Jom Serbu!

Jangan tunggu lagi, jom ramai-ramai pi serbu cepat. Pergi bagitahu kawan-kawan anda tu. Jangan lupa upload gambar anda dalam media sosial anda tau. Buat kenangan terindah gituw!

Hati-hati jangan sampai ada yang ikut pulang. Haha, gurau jer lah!

Oh ya, hanya pengunjung yang sudah divaksinasi sepenuhnya dan sudah mencapai tahap kematangan vaksin (14 hari selepas kedua Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca; 28 hari selepas dos pertama Cansino dan vaksin Johnson & Johnson) sahaja yang boleh masuk ke mall. Anda boleh rujuk di LINK INI untuk info lanjut.

Jangan risau, langkah-langkah keselamatan yang ketat telah pun dilaksanakan oleh pihak Sunway Putra Mall. Ini termasuk 100% gol untuk mendapatkan imuniti kuat di kalangan staf yang bekerja di pusat membeli-belah ini, usaha penjarakkan diri dan sanitasi diri secara berterusan di kawasan titik sentuhan tinggi.

Pemeriksaan keselamatan di semua pintu masuk juga dijalankan bagi memastikan keselamatan mereka di dalam pusat membeli-belah. Jadi, pastikan anda pun patuhi SOP yang ditetapkan dan always keep safe.

Untuk info lanjut tentang Seram Thrills, anda boleh terus klik LINK INI atau boleh terus ke Website, Facebook, Instagram dan juga Twitter Sunway Putra Mall.