fbpx

Serah Semua Aset, Alif Teega Akui Aisyah Hijanah Isteri Yang Baik

Pempengaruh media sosial, Alif Teega mengesahkan telah menyerahkan segala aset dan harta sepencarian ke atas nama isterinya, Aisyah Hijanah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Alif berkata dia akan sedaya upaya membantu isteri pertamanya itu untuk memajukan syarikat yang diusahakan dengan sebaiknya.

BACA: Alif Teega Serah Semua Aset Kepada Aisyah Hijanah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

“Alif buat keputusan untuk memindahkan Segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan Alif dan Aisyah, Alif pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100% buat Aisyah. Syarikat @hijanahofficial rumah, kereta dan lain-lain semuanya atas nama Aisyah.

“InsyaAllah, Alif akan sedaya upaya bantu dibelakang. Usaha sehabis baik untuk terus majukan @hijanahofficial guide Aisyah untuk terus bawa Hijanah kedepan lagi. Dan Alif yakin Aisyah mampu untuk lead Hijanah sepenuhnya,” tulisnya.

Sementara itu, Alif mengakui dia belajar banyak perkara di atas perkara yang berlaku dan Aisyah menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dengan baik serta membantunya untuk menjadi suami yang lebih baik