fbpx

“Semua Dah Terjawab, Saya Tak Gila Harta & Tak Fitnah Sesiapa”

Selepas dua tahun akhirnya balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah dan Ali Puteh diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Selepas kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan berkata pihak mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.

BACA: “Bukan Isteri Arwah Abam Yang Kejar Harta Tetapi Plaintif..” – Hakim

Sehubungan laporan tersebut, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Hidayah meluahkan rasa syukur akhirnya kebenaran terjawab dan namanya sudah bersih.

“Alhamdulillah semua dah terjawab. Terima kasih Tuan Hakim bersihkan nama saya. Saya tak gila harta dan tak fitnah sesiapa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hidayah berkata Allah akan sentiasa bersama orang yang benar serta membantu manusia yang teraniaya. Menerusi entri itu, Hidayah turut berkongsikan hashtag #abgggsayangmenang #berkatdoasemuaorang #berkatdoaanakyatim.

Terdahulu, Hakim Zulqarnain berkata pada hari kedua Abam meninggal dunia, ahli keluarga plaintif mengajak Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.