Pasti ramai tahu ketika pembukaan pasar raya Ebit Lew iaitu ElewsMart ramai yang teruja untuk membeli barangan disana sehingga ada yang sanggup beratur panjang.
Terbaru, hangat diperkatakan apabila tular notis memaklumkan kedai Elews Mart bakal ditutup secaea berperingkat bermula 15 Januari lalu.
BACA: “Berdosa Sangat Pada Suami, Di Belakang Saya Layan Ustaz Ebit Lew” – Saksi
Menerusi notis tersebut, ianya ditujukan kepada pembekal dalam masa sama mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang kerjasama tersebut.
“Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar.
“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” tulis notis berkenaan.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai notis yang tular itu. Apa pun sama-sama kita nantikan.