fbpx

“Sempat Ke Nak Minta Maaf Depan-Depan Nanti?” – Hafiz Suip

Hangat diperkatakan mengenai spekulasi rumah tangga Hafiz Suip apabila penyanyi itu menyahaktif akaun Instagram miliknya sekaligus menjadi tanda tanya netizen.

Terbaru, Hafiz dilihat ada memuat naik gambar bersama rakan sekolahnya di TikTok serta memberitahu mereka tidak pernah bercakap buruk mengenainya meskipun dah kenal mengenalinya.

BACA: Peminat Minta Bangkit Semula, Hafiz Suip Kata Dia Dah Tak Relevan

Menerusi entri itu, Hafiz turut terkilan dengan mereka diluar sana yang menyebarkan fitnah mengenai dirinya.

“Assalamualaikum semua. Nak bagi tahu mereka ini sama dengan aku dari sekolah sampai sekarang.

“Mereka tidak bersangka buruk atau tuduh aku yang bukan-bukan sebab mereka kenal aku siapa. Jadi korang apa yang cerita? Sempat ke nak minta maaf depan-depan nanti?” tulisnya.

Perkongsian Hafiz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berharap agar Hafiz kembali aktif menyanyi serta mendoakan agar penyanyi itu tenang.

Terdahulu, Hafiz mengatakan dirinya sudah tidak lagi relevan selepas ada yang memintanya untuk kembali aktif menyanyi.