Penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah dan tidak mahu masuk campur dalam urusan pilihan jodoh baru menantu disayanginya.

Memetik Harian Metro, Yusof berkata dia berharap agar Puteri Sarah bertemu jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakannya serta anak-anak.

BACA: Yusof Haslam Tak Dapat Menahan Air Mata Rindu Syamsul 

“Soal siapa jodohnya (Puteri Sarah), biarlah dia yang buat pilihan. Kami tidak mahu campur dalam hal ini.

“Cuma, kami mendoakan yang terbaik. Semoga Puteri Sarah mendapat jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dia dan anak-anaknya.

“Biarlah takdir yang menentukan segalanya dan mendapat keberkatan Allah SWT. Hanya kami sentiasa berdoa yang terbaik,” katanya.

Umum mengetahui, hubungan Puteri Sarah dan ibu bapa mentuanya tetap rapat meskipun pelakon itu sudah pun berpisah dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

×