fbpx

“Semoga Aliff Mendapat Hidayah” – Oktovia Manrose

Pelakon Oktovia Manrose berharap aktor Aliff Aziz mendapat hidayah susulan kontroversi terpalit dirinya bersama isteri, Bella Astillah serta Ruhainies.

Memetik Harian Metro, Oktovia berkata dia kini dalam fasa berubah ke arah lebih baik serta tidak mahu lagi mengenang kisah yang lalu dan mendoakan Aliff berubah ke arah lebih baik.

BACA: Oktovia Manrose Malu Netizen Ungkit Kisah Lama Dengan Aliff Aziz

“Ini ujian buat dirinya. Dia sering berdepan dengan ujian yang sama. Semoga dia mendapat hidayah. Itu saja saya boleh cakap.

“Saya pun tidak tahu bagaimana hendak mengulas mengenai perkara. Apatah lagi, saya sendiri pernah terpalit kontroversi dengan Aliff. Jadi, kalau boleh saya tidak mahu lagi memandang perkara dan kisah yang sudah lama berlalu.

“Lagipun, saya juga sudah ke arah memperbaiki diri menjadi lebih baik. Malah, saya mendoakan dia berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Terdahulu, nama Aliff dan Oktovia terpalit kontroversi dan menjadi topik bualan hangat netizen selepas Bella mendedahkan suaminya curang dengan pelakon itu pada 2019.

SUMBER: Harian Metro