fbpx

Seminggu Mimi Lana Menangis Terpaksa Potong Rambut Pendek

Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia menangis selama seminggu apabila terpaksa memotong pendek rambutnya demi menjayakan sebuah watak.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mimi berkata baginya rambut adalah segalanya serta menyifatkan dia seperti hilang sesuatu apabila rambutnya dipotong pendek.

BACA: Syafiq Kyle, Mimi Lana Nikah Tahun Depan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

“Rambut saya adalah segala-galanya. Untuk potrong rambut sependek ini bukanlah satu benda yang indah buat perempuan macam saya. 

“Tapi atas tuntutan watak untuk filem akan datang, saya terpaksa juga potong. Sebab karakter yang saya bawa memang tak sesuai berambut panjang. 

“Bila rambut pendek ni, saya rasa hilang semua benda, hampir setiap hati menangis minggu pertama. Tapi lama lama dah biasa dah,” tulisnya.

Menurut Mimi, disebabkan imej terbarunya itu ramai yang beranggapan dia sedang kecewa atau putus cinta tetapi sebenarnya atas tuntutan kerja.

“Kepada semua yang selalu tanya saya, kenapa? Tak suka lah rambut macam ni, sampai ada pernah cakap saya depression, putus cinta lah macam macam lagi… bukan sebab itu ya.

“Ia adalah kerana tuntutan kerja. Makin lama saya berlakon, sebenarnya makin banyak cabaran yang datang. Kamu bukan saja korbankan jiwa tapi fizikal juga. Tapi saya sukakan kerja saya,” tulisnya.

Perkongsian Mimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang memuji penampilan pelakon itu yang lebih cantik berambut pendek serta kagum dengan keberaniannya.