fbpx

Seluar Dalam Izzue Islam Laku, 3 Hari Habis Dijual

Bulan lalu, pelakon Izzue Islam memberitahu dia akan mengeluarkan produk berbeza iaitu pakaian dalam jenamanya sendiri IzzuExclusive dan bakal dijual Mei nanti.

Namun, Izzue sendiri tidak menyangka rupanya ramai yang menantikan pakaian dalam tersebut dan ‘boxer’ keluarannya yang baru dilancarkan pada awal bulan ini sudah habis terjual dalam tempoh tiga hari sahaja.

BACA: Buat Kelainan, Izzue Islam Jual Seluar Dalam

“Saya langsung tidak sangka dapat sambutan sebegini kerana pada awal buat sikit sahaja kerana fikirkan sambutan biasa-biasa saja.

“Apatah lagi, ‘boxer’ adalah produk bermusim dan selalunya orang beli selepas setahun atau apabila sudah tidak boleh dipakai,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, banyak tempahan diterima tetapi tidak dapat menghasilkannya kerana produksinya kini sedang menyiapkan kurta dan songkok.  Tambah Izzue, dia merancang untuk mengeluarkan lebih banyak lagi pakaian dalam tersebut sekitar 500 ke 1,000 helai selepas Aidilfitri.