Selera Dah Berubah, Leona Kini Tertarik Dengan Lelaki Sepanyol

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menjadi perhatian apabila mendedahkan dirinya kini lebih tertarik dengan lelaki Sepanyol pula.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, difahamkan Leona sedang bercuti di negara berkenaan dan mengatakan lelaki Sepanyol menepati cita rasanya serta mahu belajar bahasa negara berkenaan.

BACA: “Lelaki Muda Macam Budak” – Leona Akui Suka Lelaki Berusia, Botak

@leonathe2nd

im serious

? original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

“Saya akan berhenti belajar bahasa Mandarin kerana lelaki Sepanyol menepati cita rasa saya yang baru. Saya akan belajar bahasa Sepanyol,” katanya.

Sebelum ini, Leona berkata dia lebih tertarik dengan lelaki berusia serta berpenampilan botak.

Leona turut tertanya-tanya mengapa dia tertarik dengan lelaki berusia serta tidak berminat dengan lelaki sebaya atau lelaki muda.

×