fbpx

Selepas 17 Tahun, Jovian Mandagie Tutup Operasi Dua Jenama

Jenama fesyen terkenal tempatan, Jovian Mandagie memaklumkan akan menutup operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian Ready To Wear (Jovian RTW).

Menerusi perkongsian di Instagram malam tadi, Jovian berkata selepas beroperasi selepas 17 tahun, dua jenama itu akan ditutup dalam tempoh dua minggu akan datang.

BACA: Dah Bercerai, Nina Ismail Sabri Masih Bagi Jovian Kongsi Akaun Netflix

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

“Selama ini kami telah melancarkan banyak koleksi pakaian dan digunakan oleh berjuta pembeli di Malaysia. Walaubagaimanapun, seiring berjalannya masa, saya menyedari bahawa saya bersedia untuk perubahan, untuk meneroka perkara yang benar-benar mendorong saya.

“Industri fesyen telah berkembang, dan begitu juga saya beralih daripada pereka fesyen kepada ahli perniagaan. Dengan mengambil kira perkara ini, kami telah memutuskan untuk menutup sementara operasi,” katanya.

Dalam pada itu, Jovian turut berkata jenamanya itu mungkin akan kembali lagi suatu hari nanti namun dengan skala yang lebih besar dan lebih baik dari sebelum ini.

“Adakah kami akan kembali? Pastinya kami akan kembali, tapi dengan skala yang lebih besar dan lebih baik, dengan izin tuhan. Teruskan berdoa untuk kami,”  katanya.