fbpx

Selepas 14 Bulan Berkahwin, Katy Perry Dan Russell Brand Kini Sah Berpisah

Berita kurang enak di’dengar hari ini sebagai penutup 2011 di’dunia hiburan Hollywood.

Pasangan suami isteri berprofil tinggi Katy Perry & Russell Brand di’laporkan sudah sah tamatkan perkahwinan mereka hari ini.

Russell Brand merupakan seorang pelakon dan pelawak berbangsa British dan mengahwini Katy Perry sekitar Oktober 2010.

Perkahwinan indah mereka hanya mampu bertahan selama 14 bulan dan media Hollywood juga semenjak beberapa minggu ini melaporkan yang rumahtangga mereka sebenarnya dalam bahaya dan tidak stabil — termasuk meraikan Hari Krismas secara berasingan dan berjauhan.

Russell Brand di’laporkan memfailkan penceraian terhadap Katy Perry kerana tidak tahan dengan sikap Katy Perry yang suka berparti dan juga lelaki ini kurang gemar dengan barisan kawan Katy Perry.

Ini termasuklah penyanyi Rihanna yang di’khabarkan pengaruh terbesar Katy Perry untuk terus menjalani gaya hidup ‘gadis liar’ di Hollywood. Hmm.