“Selembut-Lembut Saya, Tak Pernah Pun Menyusahkan Orang”
Sudah hampir 50 tahun dalam industri seni, pelakon Jaafar Onn berkata perwatakan semula jadinya yang lemah lembut itulah menjadi faktor utama kekal relevan.
Kata Jaafar Onn lagi tiada sebab untuknya berubah demi memuaskan hati orang ramai kerana itu adalah pemberian Ilahi.
BACA: Semakin Popular, Ramai Wanita Ajak Jaafar Onn Kahwin
“Ada orang cakap termasuk keluarga terdekat, ‘dah usia 70 tahun tak reti nak taubat atau berubah ke’. Nak saya buat macam mana, dah memang saya begini takkan saya nak hidup berpura-pura jadi keras demi memuaskan hati orang sekeliling,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama komedi Cili Api itu berkata lagi, dia tidak pernah menyusahkan orang serta bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik.
“Sekurang-kurangnya, saya selembut-lembut saya, tak pernah pun menyusahkan orang minta sedekah tadah tangan. Alhamdulillah bukan nak cakap besar, pada usia 70 tahun, Allah masih beri saya rezeki kesihatan yang baik.
“Orang sibuk kutuk saya jalan menampi padi usia pun dah makin lanjut, saya nak tanya, sempurnakah kalian? Nak cakap apa pun, cakaplah yang penting hanya saya dan Allah sahaja diri saya bagaimana,” katanya.
Kata pelakon berusia 70 tahun itu lagi, segala kritikan dan cakap yang dilemparkan terhadapnya tidak pernah menjadi kudis bagi dirinya.
- SUMBER
- Kosmo!
Betul la tu…sekurang-kurangnya dia x prnh bising mnta bantuan itu ini masa pkp…x mcm sorang tu merotan bising marah kt kerajaan x dpt buat bisnes tp lastu beria sponsor mjls kawen
Betul la dia cakap, takla dia terikut2 kearah Sajad atau meroyan maki hamun org. Ada mmg jenis lembut kawin ada anak isteri…cuma mungkin pakcik ni lum ada jodoh…
Dia dh pernah nikah la dlm tahun 1983 tp bercerai 4 tahun kemudian according to google.
ishh..dia ni x byk hal pun dri dulu hingga skrg, pandai buat lawak, menari dn mynnyi, tapi dia bkn nyah ok.
Zmn pkcik jaafar ni mmg best. Rindu la cerita cili padi. Zmn dlu pnya gossip ok je. Tak MNYAKITKN hati. Lagi satu pkcik ni wlpn lembut, mulut dia tak mcm AZWAN ALI DGN CHEF WAN. aku suka dgn dia. Low profiel