fbpx

Seorang selebriti lelaki bujang didakwa menyalahi undang-undang kerana yang mengambil anak angkat perempuan sekaligus mencetuskan persoalan.

Memetik Harian Metro, Pengasas dan pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Kami, Siti Nursuraya Ali berkata pihaknya sudah beberapa kali membuat laporan berhubung perkara itu.

“Undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkara itu atas faktor keselamatan. Jadi macam mana kanak-kanak perempuan itu boleh berada dalam jagaan selebriti bujang ini? Siapa yang benarkan? Dia melalui proses apa?

“Saya sendiri pernah membuat beberapa laporan kepada Bahagian Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

“Adakah mereka terlepas pandang? Ataupun selebriti ini mengambil anak angkat orang lain? Anak itu didaftarkan kepada ibu angkat lain? tetapi yang si bujang ni mengaku anak dia?,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Nursuraya mendedahkan ada juga selebriti yang menggunakan anak angkat mereka sebagai konten untuk meraih populariti semata-mata.

“Ada kes yang saya dapat tahu anak dia diambil semula oleh JKM sebab walaupun dia dah berkahwin tapi dia guna anak itu untuk raih populariti di media sosial. Kami buat laporan memang terbukti,” katanya.