fbpx

Perkongsian pelakon dan penyanyi Erra Fazira menjadi perhatian seolah memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erra dilihat ada memuat naik satu ucapan ulang tahun kelahiran ditujukan kepada seseorang yang tidak didedahkan identitinya.

BACA: “Erra Fazira ‘High Class’, Tak Pernah Sekali Buka Aib Bekas Pasangan”

Erra membuat ucapan tersebut buat insan yang disifatkannya sebagai mendamaikan serta berharap agar segala doa individu tersebut diperkenankan Allah. 

Sementara itu, Erra turut menggunakan lagu latar berjudul Semoga Abadi nyanyian Misha Omar pada hantaran berkenaan.

Sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi, bagaimanapun Shahir kini sudah pun mendirikan rumah tangga.