Menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ada memuat naik gambarnya bersama suami, Zain Saidin duduk bersanding memakai busana songket berwarna hijau.
Merikan hari penuh bermakna itu di Langkawi, Kedah, dalam suasana kenduri dan persandingan ala kampung, Che Ta berkata tahun ini dia memilih tema tradisional.
BACA: Pakaian Anak Terlalu Seksi, Che Ta Ditegur Netizen
“Bajet saya untuk majlis kenduri persandingan itu tidaklah besar sebab, pakaian dapat tajaan daripada Man Kajang. Begitu juga dengan fotografer. Cuma, kos tertumpu pada sewa villa dan hidangan makanan.
“Tetamu pun tak ramai, cuma ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang ada kelapangan masa mereka menyertai percutian singkat itu. Tak lama pun, saya sekeluarga bercuti di Langkawi, dakam tiga hari.
“Selagi muka nampak elok dalam gambar, saya akan raikan ulang tahun perkahwinan bersama suami, Zain pada setiap tahun,” katanya kepada Harian Metro.
Menafikan dakwaan kononnya dia mahu menunjuk-nunjuk bahagia dan kehidupan mewah, ujarnya sambutan itu hanya untuk meraikan semula hari bahagianya bersama suami.
“Semua orang sebenarnya, boleh meraikan ulang tahun perkahwinan mereka mengikut bajet masing-masing. Bagi saya pula, majlis itu diadakan untuk meraikannya bersama keluarga setiap tahun.
“Ditambah, pada saya majlis itu umpama kita ‘perbaharui passport’ perkahwinan. Cuma, nampak meriahnya ia dirai bersama ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja,” katanya.
Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana kini berusia enam tahun.