fbpx

Seksi Depan Al-Quran, Reen Rahim Mohon Maaf

Baru-baru ini, pelakon Reen Rahim ada memuat naik video mengaji Al-Quran bersama ibunya, namun penampilannya yang seksi menampakkan bahagian bahu dan belakang badannya menimbulkan kurang senang netizen.

Bagaimanapun, Reen tampil memohon maaf di atas ketelanjurannya itu menerusi Instagram selepas ditegur oleh bapa saudaranya. Menerusi entri itu, Reen berkongsikan tangkap layar teguran bapa saudara yang memberikan teguran untuk memotong babak memaparkan pakaiannya terdedah itu.

BACA: Reen Rahim Dedah Ditawar RM32,000 Puaskan Nafsu VIP

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Assalam adik. Maaf sangat-sangat. Boleh tak potong sedikit video gambar ini. Depan al-Quran tu, nanti apa orang cakap,” tulis bapa saudaranya.

Dalam pada itu, Reen turut memuat naik mesej daripada ibunya yang turut memberi nasihat kepada pelakon itu supaya menjaga adab di depan Al-Quran serta meminta perkara sama untuk memotong babak dimana dia berpakaian seksi.

“Teguran mendidik apa salahnya kita ikut. Sebab teguran yang sama ada dekat hati ibu. Cumanya ibu nak beritahu petang-petang sikit.

“Tapi Allah kesian dekat ibu. Digerakkan hati uncle kau mewakili ibu. Potong ya dik sebab niat uncle dengan niat ibu sama. Kebetulan dia lebih cepat,” katanya.

Memohon maaf di atas kesilapannya itu, Reen akui dia terlepas pandang dan mengucapkan terima kasih di atas teguran yang diberikan. Ujarnya, dia akan memotong babak berkenaan dan akan memuat naik semula video berkenaan di YouTube.