Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah berhasrat mahu menambah dua anak lagi bersama isterinya, Zai Izzati Khiruddin.
Mengakui bukan mudah untuk untuk menguruskan tiga anak serentak, namun Jamal berkata dia seronok melayan anak-anaknya.
BACA: Jamal Abdillah Bahagia Dapat Jumpa Zaki Yamani
“Memang seksa, betapa susahnya isteri menjaga. Sudah tiga orang, saya bantulah tapi tak terbantu. Sewaktu nak susukan, tiga-tiganya menangis. Jadi isteri menyusukan badan, saya pula kena buat susu botol. Itupun nak lagi satu. Saya okey saja. Sasaran saya pun lima anak dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, Jamal berkata mereka ada mengambil pembantu rumah sebelum ini bagi membantu untuk menguruskan anak-anak.
“Ada cari pembantu rumah tapi sudah empat pembantu rumah hilang dalam masa setahun. Saya pun tak sanggup tengok.
“Walaupun kami ‘stress’ (tertekan), seronoklah juga, ada ‘life’ itu. Hilang penat bila tengok mereka ketawa, menyanyi atau buat apa-apa saja, memang seronok,” katanya.
Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Nur Azura Yamani, 3 tahun, El Isaac Yamani, 2 tahun dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia 2 bulan.
Jamal juga turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.