fbpx

“Seksa Suspek Bakar Pusat Tahfiz Di Khalayak Ramai”

Tidak dinafikan ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati dan juga marah terhadap 7 suspek yang menyebabkan kebakaran di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah baru-baru ini. Turut merasa marah dengan tindakan luar batasan kanak-kanak yang melakukan perkara tersebut, Sharnaaz Ahmad turut menyuarakan pendapatnya di Instagram.

BACA: Sharnaaz Ahmad Pelik Tak Terima Tawaran Berlakon

“Kami berhak diatas tuntutan ini.. kerana saudara kami dibunuh dgn kejam,” jelas Sharnaaz Ahmad di dalam kenyataannya di Instagram. Selain itu, pelakon ini juga turut ‘tag’ akaun Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Berikutan perkara tersebut, ada sesetengah warga laman sosial bersetuju dengan perkara tersebut namun ada juga yang membangkang tindakan sedemikian kerana tidak selari dengan asas agama Islam.

Jujurnya, tiada siapa yang boleh menghalang anda untuk bersuara di laman sosial. Bagaiamanapun kadangkala kehendak hati kita sukar diterima sesetengah pihak dan dalam masa yang sama turut mencerminkan mentaliti kita dalam berhadapan dengan situasi sedemikian.

Apa yang pasti, tragedi kebakaran di pusta tahfiz berkenaan ternyata memberi impak besar lebih-lebih lagi apabila ia adalah hasil perbuatan khianat. Tidak dapat dinafikan, perkara ini juga turut membuka mata banyak pihak tentang institusi tahfiz yang sudah bertapak sekian lama di negara ini. (rtky/s)