Sekitar Majlis Berinai Noor Nabila
Bakal bergelar isteri kepada pelakon lelaki Sharnaaz Ahmad hari ini (31 Mac 2017), Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada Neelofa terlihat sungguh ayu menanti hari bahagia dalam majlis berinai malam tadi.
BACA: Kad Kahwin Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Tarik Perhatian Ramai
Majlis berinai yang diadakan suasana cukup meriah itu turut dihadiri saudara terdekat dan juga rakan-rakan pasangan ini yang lain. Malah kad jemputan kahwin Sharnaaz dan juga Nabila sebelum ini turut mencuri perhatian kerana bertatahkan batu Swarozski.
Apa yang pasti, peminat Sharnaaz dan juga Nabil tidak sabar sabar menantikan hari bahagia psangan ini. Pasangan ini telah bercinta selama dua tahun dan pada Disember 2016, Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik Nabila.
Semoga majlis yang bakal berlangsung berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! (rkty/s)
Gambar Ihsan: Wedlocx
tahniah
cantiknyaa
betull
berseri – seri
seriously cantik x cm lopah. lopah dah kembang…
Sebelum kahwin masing2 ada rasa serasi. Yg penting selepas kawin, di mana masing2 akan tunjuk ‘true color’. Di sini lah akan bermula ujian ke atas pasangan masing2. Sifat kesabaran dan diam mulut boleh atasi segala rintangan sbb ni semua asam garam berumah tangga.
Anda sangat ayu!
Cantiknya n berseri berseri untung sharnaz
Alhamdulillah. Tahniah untuk Sharnaaz & Noor Nabila. Suka tengok Noor Nabila nampak so sweet, berseri dan terselah kesopanan Nabila bila bergambar dan begitu juga Sharnaaz. Semoga perkahwinan ke dua duanya kekal hingga ke Jannah.