fbpx

Tak dinafikan kalau 24 jam duduk rumah memang boleh boring jadinya. Nak pula semasa kita masing-masing dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini. Memang terbatas nak ke mana-mana melainkan hanya keluar untuk kepentingan sahaja.

Kredit imej: BERNAMA

Terkenang pula zaman di mana Covid-19 tak datang menyerang negara kita kan? Macam dengan geng-geng PKS pun susah hati juga sebab bisnes dah tak boleh beroperasi macam dulu dah. Nak jumpa client pun susah, tak boleh nak face to face macam dulu.

Operasi bisnes pun dah berubah 360 darjah dah gais. Kalau anda perasan lah bisnes sekarang ni dah mula bertukar modus operandinya. Founder-founder bisnes pun kena mula fikir luar dari kotak dah. Dan paling penting sekarang ini adalah pasarkan produk secara online.

Tapi itulah nak buat macam mana? Kalau tak ada ilmu susah juga. Takut bisnes tak menjadi.

Zaman Dah Maju!

Anda jangan stres-stres dulu. Sekarang ni hanya di hujung jari jer. Macam-macam benda yang kita boleh buat hanya stay at home! Ilmu pun boleh dapat melalui online jer gais.

Kadang-kadang terfikir juga, bila semuanya melalui online, memudahkan urusan kita tau. Tak payah nak membazir duit untuk beli makanan, transport, minyak kereta lagi kalau nak ke mana-mana.

Macam yang SME Bank ada anjurkan event secara virtual ini. Menarik betul kami tengok pengisian event yang mereka anjurkan ini. Dorang buat khas untuk anda yang ada bisnes.

Memang kena sangat dengan keadaan sekarang ini gais. Ramai yang kehilangan kerja dan mula berbisnes secara online kan? Kadang-kadang kami buka Facebook jer, memang banyak naik feed pasal orang berniaga ni. Jadi tak salah pun kalau anda join event virtual ini.

Pada anda yang terpaksa ‘tutup’ kedai disebabkan pandemik ini dan tak tahu macam mana nak onlinekan bisnes anda pun boleh ikuti event ini.

Kena Sangat Untuk Anda Yang Berbisnes

Kalau anda ada bisnes online, haa..inilah platform yang anda perlu ‘pergi’ iaitu SME Bank XCESS 2021 Virtual Event yang akan berlangsung pada 26 Julai ini.

Wah, menarik betul apabila mereka buat secara virtual. Duduk rumah pun boleh pergi event gempak macam ni, kalau PKP lama pun tak menjadi masalah kan?

Dapat ilmu free lagi! Dengan guide hebat dari speaker-speaker terkenal, kami pasti anda tak akan rugi walau seminit berada dalam event ini.

Kalau anda nak tahu, SME Bank XCESS 2021 adalah event SME Bank yang terbesar untuk tahun 2021. Para peserta PKS berupaya memperkenalkan dan memasarkan produk dan perkhidmatan anda ke lebih 20 syarikat anchor besar.

Dan untuk info anda, ini juga antara salah satu peluang keemasan untuk anda mengembangkan rangkaian dan membawa bisnes anda ke peringkat seterusnya.

Rugi sangat kalau tak join gais!

Apa Yang Anda Dapat?

Okay gais apa yang anda dapat dari event virtual XCESS 2021 ini adalah akan ada 4 fokus utama yang akan dorang highlightkan. Check this out!

1. Sesi Padanan Perniagaan – Pasarkan produk dan perkhidmatan anda kepada lebih 20 syarikat anchor.
2. Perhimpunan pakar industri, usahawan terkemuka, pembekal dan rakan kongsi baharu.
– Luaskan rangkaian dan tingkatkan perniagaan anda.
3. Perkongsian ilmu oleh penceramah-penceramah terkenal dan pakar industri mengenai pelbagai topik yang melibatkan PKS.
4. Dengarkan tip-tip mengenai cara menjalankan perniagaan di bawah norma baharu.
5. Perundingan perniagaan secara peribadi bersama Pengurus Perhubungan kami tentang peluang pembiayaan dan program pembangunan untuk bisnes anda

Dan SME Bank ini akan membantu pertumbuhan ekonomi negara bukan dengan hanya bantuan pembiayaan jer tau, tetapi juga pakar dalam pengembangan perusahaan kecil dan sederhana macam anda.

Dari ini juga, mungkin bisnes anda akan berkembang dan terus berkembang. Sebab itu dengan adanya event virtual seperti ini, ianya akan membantu anda bertahan dengan krisis yang anda sedang lalui ketika ini.

Tak Perlu Keluarkan Duit Pun!

SME Bank XCESS juga adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh SME Bank untuk membantu dan mewujudkan peluang kepada usahawan dalam mendapatkan pembiayaan dan bentuk perkhidmatan kewangan dan keusahawanan lain yang berkaitan.

Jadi ini adalah peluang keemasan untuk pembiayaan bisnes dan juga dapat membantu pembangunan bisnes anda nanti.

Apa yang paling padu, anda tak perlu untuk keluarkan duit walau se sen pun untuk berada dalam event yang gah ini. PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA! Tetapi tempat duduk sangat-sangat limited.

Jom Join!

Sebab tu anda kena cepat daftar di LINK INI. Anda juga boleh ajak rakan dan juga ahli keluarga anda untuk sama-sama hadir di dalam event ini. Sumpah tak rugi gais. Ilmu free jer dorang nak kasi. At least dapat bantu anda dalam keadaaan kita sekarang ini. Mudah-mudahan!

Anda juga boleh usha link media sosial mereka di bawah!

Facebook: KLIK SINI.
Instagram: KLIK SINI.
Twitter: KLIK SINI.
Youtube: KLIK SINI.
Corporate Website: KLIK SINI.