Tahniah diucapkan buat pelakon Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri yang selamat menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fizo memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.52 kilogram (kg) secara normal pada jam 5.19 petang.
BACA: Isteri Fizo Omar Kesal Netizen Persoal Hamil Jarak Dekat
Sementara itu, Fizo turut berkongsikan dia sekali lagi dapat merasai pengalaman berharga menyambut anak lelakinya itu serta perasaannya bercampur baur teruja dan hiba melihat anaknya dilahirkan.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52kg. Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah, apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya.
“Masyallah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan excited,sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan,” katanya.
Dalam pada itu, Fizo turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat diberikan oleh Allah serta menzahirkan penghargaan buat isterinya yang menguruskan anak ketika sarat hamil sambil menyambung pelajaran.
“Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah, 3 girls and 1 boy datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagian yang melimpah ruah .Ameen.
“Kredit tu wanita hebat, my lovely wife yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM,” tulisnya.