Sejak Jumaat lalu, hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengakui sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Susulan pengakuan tersebut, isteri kedua pengarah tersebut menjadi bualan ramai sehingga trending di Twitter.

BACA: Ira Kazar Tetap Berdepan Dakwaan Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah

Memetik Harian Metro, seperti sudah disangka ramai yang mengecam anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu, namun tidak kurang juga ada yang simpati dengan Ira.

Ada netizen mengatakan sudahlah kali pertama berkahwin, namun tiada majlis rasmi buat Ira. Malah, baju nikah yang dipakai Ira juga seolah tangkap muat.

Tidak kurang juga, ada yang membanding perkahwinan Ira dengan Puteri Sarah yang jauh berbeza ditambah pula apatah lagi perkahwinan kedua Syamsul itu tidak disokong oleh mentua.

“Sedihnya jadi Ira kazar! Dahlah kali pertama berkahwin, tidak ada majlis rasmi, baju nikah pun tangkap muat.

“Nikah pun kat Siam je, keluarga mentua pun tak sokong. Berbanding dengan pernikahan Puteri Sarah dulu beza jauh langit dari bumi,” tulis seorang pengguna Twitter.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa kasihan dengan Ira kerana hidup dalam perasaan ‘insicure’ serta mengucapkan selamat mahu jaya buat wanita itu.

“Semoga berjaya Ira kazar. Jaga suami elok-elok. Percayalah, orang macam Ira kazar ini akan selalu rasa ‘insecure’ sebab takut suami dia kena ‘caras’ dengan betina sepesen macam dia,” ciap seorang lagi warganet.

“Kesian Ira Kazar ini, hidup dalam ‘insecure’. Takut dengan bayang-bayang. Selalunya kes macam perampas ini hati tak tenang,” kongsi netizen.