Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak didera oleh ibu bapa angkatnya sekaligus menimbulkan kemarahan ramai.

Video itu turut mendapat perhatian usahawan sensasi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang meluahkan rasa rindu pada dua anak angkatnya.


BACA: “Kalau Nak Tahu Sajat Warisi Ilmu Silat Mat Kilau, Kalau Tak, Tak Lepas Ke Thailand”

Menerusi entri di Instagram, Sajat berkata anak-anak bukan tempat untuk meluahkan perasaan dan seharusnya dijaga dengan seikhlas hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajatkamaruzzaman)

“Anak bukan untuk kita luahkan perasaan. Tak kira lah siapa pun anak kita, jaga mereka seikhlas hati.. Kita boleh menegur anak kita dan marah mereka, tetapi bukan ketuk mereka dengan batang penyapu. Tunjuk hanger tu, itu adalah tanda amaran..Bukan hempuk mereka ngok ngek,” tulisnya.


Dalam perkongsiannya itu, Sajat turut meluahkan rasa rindy serta berharap dia dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi suatu hari nanti.

“Saya rindu anak-anak saya. Bila tengok anak kecik kena pukul. Rasa sedih sangat. Minta-minta anak itu dilindungi.

“Adik dan abang, ummi rindu adik dan abang. Nanti kita jumpa yer sayang. Kadang orang yang sempurna belum tentu boleh menjaga anak-anak istimewa,” katanya.