“Sebagai Pelakon, Tak Payahlah Nak Cipta Chemistry Sangat”
Pelbagai cara untuk seseorang pelakon itu mencipta keserasian dalam sesuatu drama mahupun filem. Ada yang perlu berjumpa dan keluar lepak bersama pasangan untuk mencari keserasian supaya apabila tampil beraksi di set lakonan akan mewujudkan perasaan yang seolah-olahnya mereka itu sedang bercinta.
BACA: “Saya Tak Hirau Bantahan Peminat Coffee Prince”
Namun, pelakon yang telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik (FFM28) menerusi filem Munafik, Nabila Huda mempunyai pandangannya yang tersendiri dalam mewujudkan keserasian dalam sesebuah drama yang dilakonkannya itu.
“Pada saya untuk mencipta sesuatu chemistry itu, bila dapat skrip tu kita kena study dan fahamkan skrip itu. Chemistry akan muncul bila direktor cakap action itu automatically akan ada. Sebenarnya bila kita faham watak itu, kita dah boleh sampaikan secara senang”
“Sebabnya kita ini seorang pelakon, maknanya kita pergi sebagai pelakon apa-apa watak kita boleh bawa. Bukan pergi set bawa badan, pose, selfie, dan berjuta-juta like,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Drama Dendam Aurora.
Tambahnya lagi, kononnya seseorang pelakon yang ingin mewujudkan keserasian atau chemistry itu untuk mendapatkan perasaan yang dikatakan ‘real’ adalah mereka yang sebenarnya ingin bercinta.
“Sebagai seorang pelakon tak payahlah kita nak mencipta chemistry sangat. Bila saya fikir balik apa perlu kita mencipta chemistry ini? Untuk bersama berduaan untuk mendapatkan perasaan. Perlu ke untuk bersama ciptakan perasaan cinta itu. Itu bukan cipta perasaan cinta, itu memang kau orang nak bercinta,” katanya sambil berseloroh.
Nabila Huda turut berkata, cinta lokasi itu akan berlaku sekiranya seseorang pelakon itu mempunyai niat yang lain.
“Cinta lokasi ini semua tak ada, profesional sahaja. Bila kita nak cipta benda tu sebenarnya mereka ada niat lain. Bila pengarah kata action, baru kita boleh cakap ya, dia suami kita dan apabila cut, macam biasa baliklah perangai masing-masing, move-on,” katanya lagi. (rtky/h)
Betul…stuju sgt dgn abil..
semua org dlm industri mesti nak sebut nama fattah utk masuk head line dlm news dan blog hiburan ehh? kalo x komen pun dua baris je. ni ada seribu lebih kat fb aje. x faham2 lg ke betapa fenomena nya hohoho semoga fattah mnggunakan kefamousannya,utk kebaikan dan kekal humble
Setuju. Nabila huda mmg pelakun terbaik.
message from the pro…untuk those retis retis wannabe nie….
Lain org lain caranya…nabila cuma bgtau pendapat dia…korang x yah nak tuju2…hormat pendapat org lain je.
mcm 2ekor cuti kt pulau kononnye nk dpt chemistry baru2 ni ..yg sebenonyer tenga bercinta
macam jelous je gayanya.. sebab hang x fenomena kah?? ayat bongkak sungguh, akan datang ko gosip cinta lokasi baru jilat ludah balik….
nak jeles apanye
Abil bkn kayu
lainla kalo peminat2 KAYU terasa..oppsss
betol la tu.. org dulu2 xder nya nk cipta chemistry bagai.. bgs jugak filem & drama..xde pun merapu melalut mcm drama sekarang nie.
bagus cam ne pun berlakon klu xde peminat ramai, still xkan menang artis paling popular
Tak perlu kot artis paling popular bagai.tapi berlakon tak dengar kualiti.tak guna jugak
Fans Fattah mengamuk lah.nabilah pernah menang lah . pelakon wanita popular.dan pelakon terbaik ffm28.
memang takyah chemistery, seksi2 je… bukak sana sini.. senang terus jadi huhuhuhuhu…
X kita nafikan deretan pelakon2 hebat yg menghiasi industri seni lakonan dan nyanyian yg pernah mewarnai industri kita. Pd masa yg sama wujud juga individu2 tertentu yg hadir dan popular bukan kerana bakat mrk semata2. Mrk popular kerana diminati oleh peminat2 kerana kelebihan dan daya tarikan mrk yg tersendiri yg hanya peminat mrk saja yg tau kelebihan atau kekuatan daya tarikan mrk. Bukan mudah nak “pukau” jutaan penonton supaya minat kt kita, follow tiap perkembangan mrk dan sanggup berduyun2 dtg berjumpa dgn artis tersebut. Termasuk beli apa jugak apa produk yg mrk keluarkan smpai jd brg paling laris, sampai mrk jd jutawan dlm masa dua tiga hari saja! Sebenarnya itulah kelebihan atau bakat yg xde pada pelakon2 handalan yg dah biasa kita tngk menghiasi industri kita selama ini!
Sbb tu laa org panggil ia “fenomena” sbb perkara ni diluar kawalan atau perancangan strategi manusia biasa. Ada org cuba tiru cara dan strategi tp kesannya x sama! Semakin disekat, semakin diserang semakin besar jd nya! Benda ni bukan kerja manusia! Hal ni mmg dah ditetapkan oleh Allah! Setiap kita ada rezeki masing2. Jd kita x perlu nak pertikai rezeki org. Mmg Allah nak bg kt dia dan org2 dikeliling dia. Xkan kita nak bunuh pulak kerjaya org2 istimewa mcm ni?
x sangka kak pontianak ni pndai komen…kehkehkeh…asal artis kesayangan ko meletop2 je ckp “dh rezeki”…abis tu penah tak ko pikir kak pon org y kutuk2 fatah dan x minat fatah pun adalah “rezeki” jgk..Allah gerakkan hati2 manusia ni ade y ske,ade y x…cth cam aku,Allah y gerak kan jari jemari aku tuk menaip..klu Allah x izinkan maka xde laa aku bls komen ko kak pon…kkdg kt ni manusia ske pndg hnya 1 sudut je tp kt x pndg pd sudut lain…yee mmg tu rezeki fatah tp igt dlm Allah bg rezeki pun Allah titipkan ujian tuk dia nk tgk sejauhmana sifat kesombongan dan keegoaan dia bl diuji dgn “rezeki” dan “fenomena” popular ni…ok..fhm x kak pon ape y aku cuba sampaikan??sng cite camni laa skrg ni Allah tgh uji si fatah tu sbb tu Allah bg rezeki melimpah ruah pd dia…satu kt kne igt bl Allah beri kesenangan pd kita tkut2 tu adlh satu istidraj dr Allah…mkna nye Allah limpahkan dia dgn kemewahan dan populariti smpai dia akn tenggelam dlm dunia popularitinya….nauzubillah…biar x popular asal x jauh dr rahmat Allah…aku bkn nk jd ustaz fb ke mee segera ke ape…sbb aku dh muak dgn org y slalu ckp soal rezeki bagai…tlg jgn pndg pd satu sudut je..ok…cuma nk tau berkat ke x rezeki kt dlm hasil lakonan ni??dh bercmpr dgn halal dan haram jd syubhah…klu camtu org y mengedar dadah jd kaya,jutawan tu pn dikire rezeki diorg laa sbb mengedar dadah tp xpenah kene tangkap..persoalan adakah rezeki tu berkat??sama laa cam si fatah dan artis2 y berkecimpung dlm dunia lakonan ni..ok..hadam kan ape y aku ckp tu…
Oo sbb dia tngh hangat kt pasaran ko kata rezeki dia tu syubahah? Duit x berkat? Habis ko fikir ke Zizan, Jep, Aiman Tino dan ramai lg artis2 lain yg sngt popular dan kaya raya dri hasil apa? Dari hasil dakwah agama ke? Kenapa ko xnk pertikai pulak? Fattah ni dia kaya dia bukak madrasah, dia sedekah kt anak yatim, rumah org2 tua tp dia x laa nak umum masuk dlm TV mcm sesetengah artis atau selebriti2 terkenal tu yg sebut saya buat program CSR utk bantu msykt! Dia kaya raya, dia x tunjuk kemewahan dia mcm jutawan2 kosmetik tu sdg billionaire2, tokey2 besar cina yg ada empayar perniagaan ke seluruh asia yg tu pun x menunjuk2 lifestyle mrk! Kesian kt org mcm ko ni. Nape ko nak dengki sngt kt budak tu. Dia ada raba awek ko ke? Pelik betul dgn org2 mcm ko ni!
Btol ko ckp ni dol. Aku sokong ko. Artis2 ni patut ibsaf. Fatah ke, abil je atau sesapa yg brlakon. Lagho sume ni
Fans kayu sila meninggal… hahaha. Abil salah seorang pelakon malaysia yg paling berbakat. Malaysia perlukan pelakon2 yg berbakat bkn kayu semata2.
Ko sapa nak marah berjuta penonton dan peminat dia! Xde sapa yg pertikai bkt Nabila pun, tp masalahnya kalau majoriti org yg langgan Astro tu minat kt lakonan chemistry kayu tu, ko boleh buat apa??? Itu hak masing2 peminat! Sbg peminat yg keluar duit utk tngk artis mana mrk suka, xde sapa boleh paksa mrk utk pilih artis mana yg mrk kena sokong! Itu hak individu! Dan sbg artis yg dah lama jd pelakon yg berjaya, sila sedar diri laa. Awak sbg artis ni hidup ditentukan atas sokongan dan permintaan peminat. Sampai masa awak akan dilupakan jugak x kira betapa dasyat mana pun skill lakonan awak! Setiap yg bermula ada pengakhirannya!
Alah x payah la terancam laa artis2 yg stabil dgn karier masing2! Artis2 sensasi yg digelar ‘fenomena’ ni kejap jer popular mrk. Nnt surut laa bila dah berlalu musim ‘fenomena’ tu! Cuma yg kita x tau adakah ini klimaks atau kemuncak populariti mrk atau ini baru permulaan? Ha sebar jer laa selagi korg masih ada job dan offer just wait and see sejauh mana mrk boleh pergi. Yakin laa pada rezeki masing2! X perlu nak cemburu atau sakit hati kt kelebihan org lain!
Rilek laa Nabila Huda dulu bpk ko pun penah jd “fenomena” dgn muzik rock! Siap krjn sekat lg mat2 rock dari jd terlalu komersil sbb bimbang budaya kuning merosakkan peminat! Ni zaman citarasa peminat ntah apa2 taste mrk aku pun x faham! Tp nk buat mcm mana dah ramai yg minat sapa laa kita yg x minat nk halang dari ia berkembang! Mcm zmn muzik rock dulu laa org yg x minat semua buruk yg dia nmpk! Kita pun nmpk benda yg sama kt trend artis2 baru ni yg mcm kayu dia minat sapa kita nak halang?
Mrk tu sebahagian dari aset industri ni! Dgn adanya mrk produksi2 pun maju buat duit, ramai pekerja2 dpt sara anak bini dan keluarga masing2! Kalau kita sakit hati, jatuhkan mrk, industri ni gak yg rugi! Ramai potensi dan bakat2 yg kerja sbg support sistem utk industri ni akan kehilangan peluang. Mmg betul kita ada ramai pelakon2, artis2 yg lbh berbakat dan bagus hasil kerja mrk tp kalau market x suka! Pasaran suam2 kuku je, produksi x bnyk untung sapa yg akan rugi??? Look at the big picture laa wey! Ko dah lama berlakon dan sepanjang ko jd pelakon ko pernah x tngk perkara mcm ni berlaku? Kalau korg rasa ini satu ancaman, virus kpd industri ko bawa jmpa kt Zed Zaidi dan persatuan seniman! Bunuh je wabak ni sebelum ia jd lbh besar!
Sepanjang tahun ada ratusan drama dan telemovie yg keluar kt TV. Walaupun lakonan drama tu ada yg sngt bagus, ada yg ok2 je, ada yg tahap tong sampah tp utk ia digilai peminat, sampai jadi tular dan trending mmg jarang laa. Apatah lg drama tu dah 7 bulan habis tp peminat msih berçerita dan hrp nk tngk lg dah tentu laa perkara mcm ni mmg unik atau special kes! Bukan semua pelakon pernah lalui situasi ini! Smpai jd gila bayang dah pelakon tu pun! Fenomena tu terlalu besar dan luarbiasa bg dirinya dan peminatnya! Yg x minat mmg rasa menyampah dan meluat laa. Tp ia mmg berlaku dan ia merupakan sejarah yg x pernah di alami bg drama dan stesen tv itu sndiri! Sampai producer dan pengarah drama tu pun x sangka apa yg dia dah lalui! Tp benda2 mcm ni bukan berlaku tiap2 hari, atau pada tiap2 drama. Benda2 ni berlaku mungkin sekali seumur hidup! Moment magis ni x mungkin boleh diulang. Kalau dia boleh ulang pd tiap kerja dia mmg luarbiasa laa. Mmg betul2 handal org tu!
Ko jer kot yg perasan fenomenanya.org lain xde pon nak fenomena2 nya.takde faedah nak fenomena2 bagai.bnyk kije lagi bagus yg mendatangkan hasil dr nak cite2 drama ciptaan manusia sampai lupe fenomena yg diciptakan oleh Rasulullah s.w.t yg patut diagung2kan.tapi syg budak skrg otal dah rosak sbb bnyk mkn taik.
Hmm…film Pirates of The Carribean yg latest pun…pihak produksi finalise few actresses utk tgk keserasian dgn anak Will Turner…setiap produksi atau pelakon ada cara masing-masing
Chemistri antara hero dan heroin dgn peminat tu yg penting! Kalau däh ada buat laa produk apa mmg boom punya! Aku teringat zaman bdk2 dulu masa filem Sembilu, Maria Mariana dsbnya jd trend! Lps tu Era Fazira dgn Yusri pulak smpai mrk kwin. Benda2 mcm ni mmg jarang berlaku tp bukan benda baru pun! Tp zaman tu xde sosial media! Jd xde laa yg viralkan kt media mcm skang ni. Nabila Huda mmg bakat lakonan sngt bgus. Tp yg jd trend dan viral ni selalunya mrk ada whole package. Ada bakat dan rupa tu mmg citarasa mana2 peminat kt mana2 ngara pun. Tp semua org ada kelebihan dan rezeki masing2. Jd bersyukur jer laa dgn apa yg kita ada berbanding dgn org yg lg xde apa2 tu..
harap micheal ang dpt gandingkan fatah dan mak mah dlm cinta luar biasa.. ok tak? #fatamak
Haha sian nabila huda x pernah merasa cinlok eh? Xpe laa nabila selalunya heroin2 jelita jer yg hero mudah jatuh cinta. Heroin yg bakat hebat Halle Barry tp rupa biasa2 mmg x tergoda iman mrk. Fattah tu pernah digandingkan dgn Risteena, Emma Mak Embong, Niena Baharun, Fathia dan ramai lg yg muda jelita x tergugat pun iman dia. Tp bila kena ayat dgn Sherry, Neelofa dan Fazura cair gk iman dia haha.. Jd Nabila x payah laa nak anggap semua pengalaman yg dia lalui akan sama mcm pelakon2 lain! Lain pelakon, lain chemistry dan kesan sampingannya kpd penonton. Sbb yg paling terkesan adalah penonton. Kalau mmg betul2 dekat menusuk jiwa mrk tu yg x boleh move on mrk! Mcm filem2 hindustan dulu2..
apa kata buat satu drama hero nya abam fattah dgn heroin nya kak abil. plot nya mesty best mcm cerita Titanic… you jump I jump… sweeetttt…
OMG.. it’s so obvious yg nabila tu cakap general je kepada semua pelakon. dah kenapa nak kaitkan fattah lak? kalau ye pun haters fattah, xyahlah semua yg negative nak dikaitkan dgn dia. yg drama mr photographer tu lagila banyak BTS, kenapa x kaitkan jugak? melampau btl..
kat sini rmai rupanya perempuan simpanan belaan kayu tuh…br aku tau y minat fatah amin ni bkn laa bdk2 br nk up tp mak2 budak dan bini2 org y dh nk monopouse…keh keh keh…kesian..24 jam asik berair je terbayangkan fatah amin tuh…
nabila huda tu ckp general kot xde kaitkan dgn sape2 y fans batak patah kayu nk terasa dh kenapa..fenomena konon…puiii..fenomena tu diri sdri y create…y dikatakan fenemona tu ialah bnde tu terjadi secara semula jadi bkn dr cinta lokasi y ntah ape2…smpai skrg pun msg2 x blh move on…elak jmpe satu sama lain…time “fenomena” dl bkn main siap buat lagu bagai..skrg ni ape dh jd???jd musuh???wake up laa fans taksub fatah…
Rilek la bro lu ni apa masalah? Diorg tu bg contoh jer. Sbb yg paling popular dan yg start nak cari chemistry bagai ni si pengarah pondan Michael Ang tu paksa hero “kayu” bercinta dgn heroin drama dia utk dptkan chemistry. Dan sbg pelakon yg professional mrk ikut arahan director. Tp sbg manusia biasa yg punya hati dan perasaan, rasa chemistry sbg pasangan kekasih dlm drama tu terbawa2 ke luar set. Kenapa wartawan dan peminat sebut kisah “chemistry” lofattah ni sbg fenomena? Sbb perkara ni berlaku diluar jangkaan dan kawalan mrk. Samada pengarah, producer drama, hero dan heroin serta jutaan peminat mrk x rancang ia akan dpt sambutan mcm tu! Dah brp bnyk drama MA tu arah, dah brp ramai hero dan heroin dia suruh bercinta dlm set tp semua sambutan dia biasa2 je mcm drama2 lain yg biasa ditayang kt tv tu. Mmg tiap tahun akan ada satu drama yg akan jadi paling popular dgn tontonan paling tinggi. Tp lps habis 2-3 bln peminat drama tu dah dilupakan dan pnonton layan drama2 yg lain pulak. Tp dlm kes drama lakonan fattah dan lofa tu walau dah lps 5-6 bulan drama dah habis pun peminat dia masih x move on. Dan jumlah peminat dia walau x seramai penyokong JDT atau Kedah ke tp jauh lbh ramai dari mana2 peminat filem dan drama2 tempatan yg popular sepanjang tempoh 2015-2016 dulu. Kesan drpd tu laa ramai pengarah yg nak tiru cara chemistry yg MA guna masa arah drama dia dulu dgn pengaruh drama korea yg dia minat dgn hashtag bagai tu. Sama ada kita nk kata benda ni trend atau fenomena atau apa pun tp kesan dia besar. Jd trending dan viral sampai ramai org rasa suka atau meluat! Kalau ko rasa semua org boleh create suasana tu ko suruh laa mana2 pelakon paling hebat bakat lakonannya buat ‘fenomen’ ciptaan peminat artis tu!
Ape ko merepek ni labuuu. Mmg kayu yg paling popular tu patah amin. Hohoho. Pasal kimia2 ni sume pun mmg teruk. Terutama syafiq kyle dan hannah apa tu. Try so hard create kimia pegang2 lagi. Please stop all these nonsense.
Popular kerana ayah penyanyi …nasib baik je tu..org lain susah payah nk popular.jgn bongkak sgt..ikut kan dh bole berlakon akak atau mak2 je pun
Pelakon kayu xakan lama dlm industri..menjaja cerita peribadi yg dibuat..pendek kata bkn stakat berlakon dlm drama sahaja tetapi diluar pun terpaksa buat2 berlakon sehinggalah episode bersiri habis ditonton.trend yg membodohkan peminat yg bodoh2 skrg ni.artis xde ape2..itu arahan dr Micheal Ang dan stesen Tv utk memviralkan drama2 mereka.tak reti2 lagi?..kesian peminat2..ingat mkin moden dunia peminat makin cerdik.rupenya makin bodoh.