fbpx

“Sebab Tu Saya Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai” – Abang Tesla

Sejak semalam tular di media sosial memaparkan butik pakaian muslimah menampilkan pempengaruh media sosial, Marissa Dania dan suaminya, Aslam sebagai model. Lebih mengejutkan isteri Aslam iaitu Misya Mazlan turut menjadi model jenama tersebut,

Susulan itu, jenama pakaian itu dikecam teruk oleh netizen yang disifatkan tidak sensitif dengan kontroversi rumah tangga Misya serta didakwa menjadikan isu mereka sebagai marketing.

BACA: Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Butik Muslimah Jemput Marissa & Aslam Jadi Model

@abg.tesla

Pendapat Kak maj tentang isu marisa dan aslam ? #abgtesla #sambalikanbiliskakmajberapi #fyp

? takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Perkara itu turut mendapat perhatian pempengaruh media sosial, Abang Tesla dimana isteri pertamanya, Majdina bertanyakan pendapat mengenai video promosi pakaian itu.

Abang Tesla berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan menekankan kenyataannya sebelum ini iaitu isteri pertama untuk dihargai seperti mana dilakukan olehnya buat isterinya itu.

“Saya malas nak cakap banyak, tapi kalau tengok isteri pertama dia pergi shooting seorang ..saya rasa tak patut la. Sebab tu la saya cakap isteri pertama untuk dihargai.

“Dalam pada itu, pempengaruh tersebut juga sempat berseloroh dan bermesra dengan isterinya.

“Jadi saya hargai sayang, saya buat cookies untuk sayang, buatkan sambal ikan bilis, pergi mana-mana pun hantar sayang. Tapi bagi saya Alif Teega lagi better la..saya pun better juga,” katanya.

Perkongsian Abang Tesla itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pempengaruh itu yang matang serta menjaga hati isteri pertama.