“Sebab Orang Lain, Janggut Aku Pula Disuruh Rebonding”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai imej seorang ahli perniagaan yang mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti.

Bagaimanapun, tidak semena-mena pelakon Sharnaaz Ahmad turut terkena tempias apabila ada segelintir netizen memintanya untuk meluruskan janggutnya.

BACA: Sharnaaz Ahmad Beri Kata Semangat Buat Shila Amzah

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Sharnaaz berkata tak pasal-pasal dia pula disuruh berbuat demikian hanya disebabkan orang lain.

“Disebabkan orang lain, janggut aku pula yang disuruh rebonding. Hey! Sama tapi sangat berbeza,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Sharnaaz turut memuat naik foto dia telah memotong dan merapikan janggut serta jambangnya.

Kata Sharnaaz lagi, dia berbuat demikian supaya tidak timbul lagi kekeliruan. Ada sahaja perkara yang cuba dicetuskan oleh netizen sampai janggut pun nak disamakan.

×