fbpx

Scha Alyahya Hilang 100,000 Pengikut IG Gara-Gara Blockout

Pelakon dan pengacara Scha Alyahya hilang jumlah pengikut yang banyak sejak gerakan Blockout 2024 dilakukan sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan semakan, Scha sebelum ini memiliki seramai 6.6 juta pengikut namun sudah hilang sebanyak 100,000 pengikut setakat ini.

BACA: Scha Akui Agak Tegas, Lara Sampai Takut Balik Rumah Nak Tunjuk Result Ujian

Isteri kepada pelakon Awal Ashaari itu kini memiliki jumlah pengikut 6.5 juta selepas netizen menyokong gerakan berkenaan dengan menyekat media sosialnya.

Sebelum ini, Scha tampil bersuara bahawa tiada siapa berhak menghukum pekerjaan dan rezeki seseorang yang telah diaturkan Allah. Malah, dia berpesan manusia tiada hak untuk menjatuhkan hukum terhadap kehidupan orang lain.

Terdahulu, tular di media sosial senarai nama selebriti dan pempengaruh media sosial yang mempromosikan jenama serta menjadi duta jenama yang diboikot.

SUMBER: HibGlam