fbpx

Scha al-Yahya Memiliki Jenama Sendiri, Buka Kiosk Jualan Di The Curve

Lama tidak kami dengar berita tentang pelakon popular Awan Dania ini.

Dengar khabar ada sekelompok peminat hiburan memulaukan Scha al-Yahya. Betul ke?

Orang kata, yang lepas itu lepas, Scha al-Yahya pun masih aktif dalam dunia seni. Selagi ada cerita, kami akan sampaikan.

Entah kenapa, setiap kali kami dengar selebriti buka perniagaan, kami rasa teruja. Seronok dengar selebriti kita ada visi lain selain dunia seni.

Scha al-Yahya tidak berkecuali, dengan bantuan kekasih hati, Awal Ashaari sebagai introducer, jenama Schapoholics muncul sebagai refleksi kepada Scha al-Yahya yang sememangnya perlu up to date dengan fesyen.

Kiosk dengan jenama Schapoholics telah beroperasi selama lebih 3 bulan di pusat membeli belah The Curve, Damansara.

“Kiosk saya menjual pakaian dan aksesori wanita yang didapati dari Jakarta, Bandung, Korea dan Bangkok. Setakat ini sambutannya sangat hebat kerana saya sudah ada ramai pelanggan.” ujar Scha al-Yahya kepada Harian Metro hari ini.

Menurut Scha al-Yahya lagi, sekarang adalah masa terbaik untuk menggunakan populariti & pengaruh yang beliau miliki untuk memulakan perniagaan. Good luck Scha al-Yahya!