Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai perebutan hak penjagaan anak antara penyanyi Noh Salleh dan bekas isterinya, Mizz Nina.
Sebelum ini, Noh berkata dia bersedia untuk menunjukkan bukti bahawa dia juga penjaga sah anak angkatnya itu namun tiada kesempatan untuk menunjukkan bukti kerana Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh anak angkat mereka.
BACA: “Saya Juga Penjaga Sah Musa”
Menerusi temu bual bersama Hib Glam, Noh mendedahkan dia hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat seorang diri bagi urusan pendaftaran anak angkat mereka itu.
View this post on Instagram
“Saya yang pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seorang diri. Mizz Nina tiada, dia tidur. Jadi mana kebenarannya? Awak pendakwah tapi sanggup memfitnah orang untuk kepentingan sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Noh berkata dia mempunyai bukti namun tidak mahu membuka aib bekas isterinya itu dan sebaiknya jika ianya dikemukan di mahkamah.
“Saya tak nak bukak aib bekas isteri saya. Saya ada bukti, macam-macam ada. Saya mengharapkan mahkamah menjadi saksi,” katanya.