“Saya Yakin Netizen Pun Tak Sabar Nak Dengar Suara Saya”
Umum mengetahui, baru-baru ini perkongsian usahawan Ahmad Iqbal Zulkifli menjadi perhatian apabila mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera. Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 untuk mencipta lagu termasuk muzik video.
Terbaru, Iqbal tidak menyangka ramai komposer popular dari Malaysia dan Indonesia menyatakan hasrat untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuknya.
BACA: “Saya Juara Nasyid Kelantan, Naib Juara Peringkat Malaysia”
Namun, Iqbal berkata dia keliru dan masih belum mengetahui siapakah yang bakal dipilih untuk mencipta lagu ‘kisah tak jadi kahwin’ dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.
“Selepas saya tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan, ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.
“Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal nak dikeluarkan,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata tujuan lagu tersebut adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan.
“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati rakyat Malaysia, mungkin dengan itu orang akan faham perasaan yang say sedang lalui sekarang ini.
“Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang.
“Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mengalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
handsome….I like.
Bukan sikit…. hari tu cakap ‘bajet RM500000 SAJA’. Pftt! Jebis sembang babi terbang.
Guna teknik marketing alif syukri,vida & sajat ke ni?
Benci Thought:
Encemmmm ekkkkk???? Ko suker????
Melayu kmk haha atas handsome pale buto
Brtambah sakit mamat ni..da gila glamer bila wartawan hiburan start bg perhatian..
Biarlah dia nak jd penyanyi. Kot nanti ada rezeki dia, boleh menang kategori Penyanyi Bottom Paling popular kt ABPBH.
Apoo yg ko merepek ni syaitoonnn
Nia Syaabani
saya tak fikir dia bottom. mungkin Verse Top.
bior ler ke dia……nak jd pelakon ke, penyanyi ke…
bg senang, suka tgk, tak suka bai2,…..yg mana berlaki tgk laki sendiri,dpt pahala, yg mana tak berlaki lagi, tgk muka makpak dpt pahala free2 je..
ni kang tgk dia nyanyi tak berkenan, mengutuk x memasal dapat dosa free…idok la aku..neraka tu benar dan siksanya telah pun kita tau azabnya seperti diceritakan..lagi nk tambah dosa?….
mungkin mat ni pon kena beli mic puluh2 ribu mana tau suara jadi sedap?