“Saya Tertonggeng Di Rumah, Tahan Menangis Depan Anak, Netizen Tak Tolong”
Tahun ini sememangnya cukup berbeza buat pelawak Shuib Sepahtu apatah lagi menyambut Ramadan dan Syawal tanpa isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Sudah sembilan bulan pemergian isterinya, menerusi satu temubual bersama Kosmo!, Shuib berkata dia tidak kisah jika orang ramai terus mengkritik dirinya masih berduka kerana dia yang melalui perkara itu.
BACA: “Setiap Kali Ramadan, Saya Akan Minta Sarah Masakkan Pajeri Nanas”
“Saya tak kisah pun orang nak cakap apa. Banyak benda yang saya dah lalui. Bermacam-macam. Selagi kita berpegang dengan apa yang kita tahu dan apa kita rasa, kita jalan sahajalah. Sebab yang merasakan adalah kita. Sembilan bulan, rasa macam semalam baru berlaku.
“Kalau nak fikirkan sangat pasal orang, nak buat apa pun saya tak boleh. Saya tertonggeng di rumah, tahan menangis di depan anak-anak, netizen tak datang rumah ketuk pintu beri pertolongan.
“Mereka hanya boleh beri sokongan di media sosial tapi realitinya, tiada siapa tawar nak buat kaunseling percuma buat saya,” katanya.
View this post on Instagram
Mengakui bukan mudah melalui kehidupan tanpa isteri tercinta, Shuib bagaimanapun berkata hidup perlu diteruskan demi empat anaknya.
“Tipulah kalau saya cakap (semua yang sedang berlaku) senang. Puasa dan raya tanpa dia. Tapi, nak tak nak, kita kena lalui.
“Saya percaya, ada benda baik akan berlaku pada masa hadapan. Cuma nak lalui fasa ke arah itu mungkin agak berat sedikit. Sedih memang sedih.
“Hari pertama puasa, semua keluarga rapat datang rumah berbuka sama. Dalam pada nak tunggu waktu berbuka itu, saya perasan sebelah kiri saya, meja empat segi, memang tempat Sarah pun, ada satu pinggan kosong tapi berisi nasi.
“Abang ipar tanya, ‘nasi untuk siapa?’. Saya jawab tak tahu dan semua pun berpandangan antara satu sama lain. Dalam hati saya, nasi ada tapi kerusi itu (yang kebiasaannya jadi tempat Sarah duduk) kosong,” katanya.
Terdahulu, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 selepas tiga hari melahirkan anak keempat mereka, Ayash Affan kini berusia tujuh bulan secara pembedahan pada 6 Ogos tahun lalu.
- SUMBER
- Kosmo!
Ramai anak2 jd yatim piatu, ramai suami jd duda, ramai isteri jd janda akibat covid tp masing2 terima hakikat dan qada dan qadar. Mentang2 awak retis hari2 up status sedih pun org sokong. Tp bg org biasa mrk teruskan jugsk kehidupan walau kehilangan org tersayang di hari mulia ini.
Betul kata mak andeh kt atas tu. At least awak berduit. Sedih mmg sedih teringat kenangan bersama. Compared dgn org biasa kat luar. Plg tak awal2 je org bertnyq khabar lps tu hilang dr radar.
Uwekkk
Ya Allah, angkatlah kesakitan shuib.. semoga beliau dirahmati dan depermudahkan urusan
Yg korang asyik nak bengkek dgn dia knape? Biarlah dia nak bg tahu perasaan dia. Followers dia nak dgr. Aku pun x follo dia. Kita x tahu bg mn mereka lain yg mati bini etc tp x disebut sbb mereka bkn public figure. Dan bkn semua org selesa meluah perasaan di khalayak. Jika itu bntu dia bertahan, biarlah dia. Bukannya dia pakai skirt, atau tunjuk tetek etc mcm sesetengah org. Dia hanya kongsi kedukaan dia. Org biasa buat juga kat tiktok, instagram, fb etc. Sibuk lah korang ni. Semuanya salah.
Org kuat merengek ko nk positif? Perangai cmtu ko kata bagus? Mmg salah le perangai cmtu agama pun larang mcm x terima takdir. Benda ni x payah lyn lama2 pun. Paling lama sebulan tu pun dah terlalu lama. Dia patut sibukkan diri dgn aktiviti2 yg boleh buat dia fokus ke depan. Dok hari2 merengek baik jd pondan jek mcm Sajat tu!
Arwah bapak ak meninggal dah 18 thun skrg, tp tiap kali sembang psal arwah mmg auto air mata mngalir, ak ank sulong ak saksi perit jerih susah payah bapak n mama ak. Takpe IB, ak tau ko redha tp kesunyian dan kenangan tu yg bt kta sakit iya sakit InshaaAllah ak tau ko angkat bangkit IB. Ak pun ambk masa setahun tuk bangkit tp bukan ak tak redha, ak redha dan ak truskan kehidupan ak mcm biasa tanpa bapak cuma tuk bralih ke fasa yg ak dah takde bapak tu ambk masa setahun jgk la. Al fatihah bt bapak ak dan sedara seislam kta yg trlbh dahulu meninggalkan kta.
Ye la mmg sedih…Semoga terus tabah Syuib
kesian soib.. kisah dia terpaling sedih untuk abad ni.. mohon lepas ni buat buku, pastu telemovie, pastu drama akasia pukul 7..
AKU TAK TRIGGERED PN KLU DIA NK UP CERITA SEDIH KE APA. KNPA EA KITA NI MANUSIA SUKA BERSANGKA BURUK, CKP DIA NK RAIH SIMPATI KE APA. BLH TAK, KITA LBH BNYK MUHASABAH DIRI DRPD CKP BNDA YG TAH APA2 . KLU RASA MNYMPH JUST IGNORE. DIRI KO PN BLM TNTU ORG SUKA. JD JGN NK MELEBIH2 SGT
“netizen tak datang rumah ketuk pintu beri pertolongan. “Mereka hanya boleh beri sokongan di media sosial tapi realitinya“ Pernah tak dia TERFIKIR orang biasa yang terpaksa lalui apa yang dia rasa? sekurangnya dia ada “NETIZEN“ jika orang biasa? berlambak janda dan duda yang terpaksa harungni semua itu, mereka tidak mengunakan media sosial untuk meraih simpati, mereka tidak ada media siaran utk luahkan perasaan, Apalah mamat soib ni… sitcom mingguan boleh pulak buat? sebab apa? masyuk?? sedangkan orang biasa struggle untuk survive. Bukan nak menghentam tapi bersyukurlah masih ada “orang“ atau NETIZEN yang peduli. berbanding orang biasa
Memang netizen bkn sape2 nk bagi kaunseling..berserah pd Allah dia yg maha mendengar dn maha mengetahui segalanya..banyakkn memohon ampun untuk sendiri dn arwah…mohon dipermudahkan ikhtiar dll..yg penting sentiasa mengucap syukur atas semua nikmat dn rahmat yg a?a…penat jaga 4 orang anak yg Allah titipkn itulah sebenar jln keluar dari kemurungan…sebaiknya kurang2kan mempamer dlm socmedia…mngkin dulu agak berlebihan tanpa disedari menjurus kpd bangga diri…buat apa pn biar kerana Allah taala.
Orang lain yang juga kematian isteri, taklah meroyan dan meraban hari-hari macam dia. Nak buat camana, apa modal lagi yang Shuib ni ada. Melainkan kena perah sampai kering, sebab orang simpati kat arwah dan anak-anak. BUKAN kepada dia.
Udah-udah lah, Shuib!
Kesian kat anak-anak, dok baca orang menyampah kat ko.