fbpx

“Saya Tersenyum Dengar Sajat Jadi Tetamu The Ellen Show”

Umum mengetahui, baru-baru ini usahawan kontroversi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan dijemput ke rancangan termuka The Ellen Show.

Berita itu turut mendapat perhatian pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander yang tersenyum gembira apabila mendengar tentang perkhabaran tersebut.

BACA: “Sajat Mengaku Tak Sempurna, Tapi Ramai Hentam & Menghina”

Memberitahu The Ellen Show merupakan rancangan bual bicara kegemarannya, Harith berkata kisah Nur Sajat yang dianggap telah dimalukan oleh orang Malaysia menjadi punca dia dipuji di negara luar.

Sebelum ini berpeluang untuk menemubual Sajat, Harith berharap usahawan itu dapat bertemu kembali dengan anak-anaknya suatu hari nanti.

Terdahulu, menerusi temubual bersama BBC, Sajat mengakui terpaksa melarikan diri dari Malaysia selepas mendakwa dikasari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sajat juga menegaskan dia tidak akan lagi pulang ke Malaysia kerana didakwa ditindas oleh orang ramai serta tidak boleh menjadi diri sendiri dinegara sendiri.