“Saya Terpaksa Pakai Tudung Macam Ni Untuk Masa Sekarang”

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tampil menjelaskan mengenai pemakaian tudungnya yang menampakkan leher dan dagu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nilam berkata dia terpaksa memakai tudung cara demikian kerana bahagian dagunya belum pulih sepenuhnya selepas melakukan pembedahan.

BACA: Nur Nilam Buang Silikon Di Hidung, Rancang Nak Buang Tatu Pula

@puan_nilamortiz

Maaf ye orang suci saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi,tak boleh kene pin atau bergesel dengan kain lagi tapi saya nak juga pakai tudung tapi janganlah cakap sampai saya ni pakai tudung firaun, kafir dan sebagainya alahai penat la saya macam ni ???

? original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

“Maaf ya orang suci, saya terpaksa pakai tudung macam ini untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi. Tak boleh kena pin atau bergesel dengan kain lagi, tapi saya nak juga pakai tudung,” katanya.

Sementara itu, Nilam turut meminta netizen agar tidak menyamakan gaya tudungnya seperti firaun serta penat dengan kritikan netizen terhadap dirinya.

“Janganlah cakap saya pakai tudung macam firaun, kafir dan sebagainya, alahai penat lah saya macam ini,” katanya.

Bulan lalu, Nilam memaklumkan dia sudah menjalani pembedahan mengeluarkan silikon pada bahagian hidungnya.

Nilam berkata meskipun ada yang mengatakan dia tidak perlu membuang silikon berkenaan kerana sudah bertaubat namun dia mahu membuang kerana tidak mahu diselubungi rasa bersalah.

×