Pelakon dan penyanyi Naim Daniel memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai tuduhan yang dikenakan terhadap dirinya sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada proses keadilan.
Memetik Sinar Harian, Naim beranggapan tuduhan tersebut adalah berat dan dia mahu membersihkan nama baiknya serta mengharapkan doa orang ramai.
BACA: “Saya Komited Untuk Bersihkan Nama, Harap Dapat Doa Semua”
“Saya serahkan segala-galanya kepada sistem keadilan dan saya bertekad untuk membersihkan nama saya. Saya juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik,” katanya.
Sementara itu, Naim turut memaklumkan dirinya berada dalam keadaan sihat dan tenang serta mahu memberi perhatian kepada kesejahteraan diri.
“Alhamdulillah, saya sihat. Sekarang saya fokus kepada kesejahteraan diri sahaja. Saya tenang dan tidak melatah,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai aktiviti seninya, Naim berkata segala urusan masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan.
Semalam, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amamg seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan. Naim didakwa melakukan kesalahan pada 19 Mei lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Mahkamah membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 dengan syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan ke mahkamah.
SUMBER: Sinar Harian