Usahawan Noor Nabila berkongsikan gelagat anaknya iaitu Jebat Jayden menjelaskan berkenaan sambutan hari Halloween.
Menerusi video di TikTok, Jebat berkata sebagai seorang Islam dia tidak boleh menyambut perayaan berkenaan kerana hukumnya berdosa.
BACA: Jebat Jayden Dapat Duit Raya RM18,000, Siap Dapat Gold Bar
“Saya tak boleh sambut Halloween sebab saya Islam. Kalau Hari Raya dan puasa boleh la. Tapi kalau agama yang sambut Christmas, Halloween tak boleh. Nanti dapat dosa,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kebijaksanaan Jayden apatah lagi sudah tahu perayaan tersebut sememangnya tidak boleh disambut oleh mereka yang beragama Islam.
Malah, ramai yang memuji didikan ibu bapanya serta mengatakan cara Jebat bercakap mirip bapanya, Sharnaaz Ahmad.